Thursday, April 17, 2014

After so long

Assalamualaykum,

I guess, this would be a really perfect time to update. Well, after 48 hours of procrastination, finally I had the guts to write something down on this blog. Dunia sekarang semakin sibuk dan huru-hara dan terumbang ambing. Maksud aku, dunia aku sekarang. Baiklah. 3 minggu (hampir satu bulan sebenarnya) mengadap dengan cikgu yang paling digeruni dalam Department of Infectious Diseases, yang terkenal dengan sifat 'anti-lelaki', iaitu Galina Feliksovna. Kadang-kadang benar, kadang tidak benar. Tapi 1 perkara yang paling mustahak, 'kegerunan' beliau membuatkan semua pelajar beliau, tak kisahlah lelaki atau perempuan, memang betul-betul study, sehingga kalau boleh segala bacteria yang wujud atas buku pun boleh dicuba untuk study *hiperbola*.

Memang 3 minggu itu, merupakan minggu yang sangat serabut kepala, dan punah segala diet. Dilemma 'hypoglycemic' ketika study, memang konfem-konfem digunakan sebagai sole alasan untuk melantak macam polar bear ketika summer. haha. Sudahlah itu merupakan cycle exam, jadinya, mahu atau tidak, struggle adalah perlu, kalau tak memang sakit oh exam nanti. Rasa bahagia kejap.

Jadi, sekarang tengah cycle OZZ atau Russian Public Health. Satu subjek yang menghuraikan prinsip sistem kesihatan di Russia. Nampak general dan macam tidak penting bukan? Yep, almost semua students mengatakan subjek ini merepek, iyelah, tidak tally dengan sistem Malaysia.  That includes me. Tapi tidak bagi cikgu-cikgu di sini. Malah cara pengajaran dan ketegasan cikgu melebihi cikgu yang mengajar subjek perubatan. Sangat. Tidak. Faham. -.-"

Past: Minggu lepas berlangsungnya Malaysian Intervarsity Games Pirogov yang dianjurkan di Moscow. 16 jam perjalanan (pergi sahaja) sudah tentu menjanjikan kepenatan yang teramat sangat. Secara keseluruhannya, penganjuran kali ini sangat mengecewakan dengan rasa tiada semagat kesukanan. Pengadilan, penempatan dan sebagainya. Namun begitu, aku merasakan, pihak penganjuran sudah mencuba yang sehabis baik untuk menjayakan kejohanan kali ini. *Tepuk tangan*. Tapi apa yang penting bagi aku, adalah aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama di sana (Alhamdulillah la tidak ada yang lupa akan aku lagi, the infamous guy). Pada masa sama, aku rasa semakin kuat bonding aku dengan kawan-kawan yang sama kontijen. *bangga*. Biarlah cuma satu medal perak percuma dek injury kaki kanan akibat rempuhan dua gergasi Pirogov, everything happened for a reason. Mungkin ini balasan Tuhan, atas kesalahan aku yang sendiri tahu apa, barangkali tidak. Apa-apa pun, aku bersyukur, at least Allah tidak mematahkan kaki aku atau apa sahaja yang lebih teruk lagi. Tetiba rasa besar betul nikmat boleh berjalan dengan normal. Progress kaki: mampu berjalan dengan normal, time duduk antara dua sujud, terasa sedikit sakit (kurang dari semalam lah sedikit). Bagus bagus :D

Future: Mahu tidak mahu, kecederaan kaki yang baru bertatih-taih memulih terpaksa mempercepatkan process recovery, sebab, minggu depan akan ada pertandingan badminton seluruh Rusia. Bukan calang-calang orang yang akan turun. Oh lepas itu boleh rehat? Tak! Lagi dua minggu pun akan jadi hectic. Kena travel jauh lagi untuk pertandingan seterusnya. So yeah, 3 minggu paling chaos akan mendatang. Taraaa!

I will keep updating. So, merely this post is intended just to update about my current life. I have a lot of things to write, opinions etc. So yeah, for sure, akan update :)

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^