Wednesday, January 1, 2014

Positive.

Assalamualaikum.

Jadi, rasanya nampak sangat dah kot perubahan ketara yang ada dalam blog ni. Btw masih ada malware ke blog ni? Kalau ada, jangan segan silu, sila bagitau. Sebab sepanjang diri sendiri buka blog, tak pernah pula ada malware.

Apa-apa pun, selamat menyambut tahun baru 2014. Semua orang pun dah mula start dengan azam baru. Barangkali mulanya azam baru harus bermula dengan setiap kali tahun baru. Aku tidak menolak apa-apa pendapat berkaitan 'azam' ini, al maklumlah, ada yang pakar mengenai 'azam tidak azam ini'. Ada yang mengatakan "Azam harus diperbaharui setiap hari, setiap minit setiap masa", namun ada juga yang begitu patuh dengan "Azam aku pada setiap tahun baru". Tidak ada salah pada kedua-duanya, walaupun aku sendiri tak faham apa masalahnya kalau ada azam sekali setahun pun, atau azam awal muharram. Hujungnya, setiap orang pasti akan ada azam baru, dan sudah pastinya, sebelum azam baru dibuat, pasti akan ada tempoh untuk kita muhasabah diri. Kan?

Aku, obviously, dah ada azam baru. Which, aku sendiri sebenarnya tak berapa ada azam baru untuk 2014. Tapi Allah bagi aku satu ilham, apabila aku menonton filem The Internship (Part tak senonoh mohon skip hehhh). Sifat positif, optimis. Sangat tak sinonim dengan hidup aku. Tapi, cerita itu sedikit sebanyaakkkkkkkk membuka mata aku, barangkali tentang kesusahan kehidupan kini adalah realiti, tetapi, realiti bukanlah tembok untuk bermimpi cita-cita.

Mimpi dan cita-cita. Terletak di bawah template baru blog ini, di dalam akta Peraturan Optimisme ke-dua, cita-cita dan mimpi adalah sesuatu yang harus selari. Mimpi adalah cita-cita versi subconcious kita, dan cita-cita pada realiti, adalah sesuatu yang kita concious. Aku kurang mempunyai cita-cita. Sendiri pun tak pasti apa yang akan datang di masa hadapan. Lepas ni, kena selalu berangan lah kot, nak rumah besar-besar, dapat keluarga bahagia, mak abah dibawa ke Mekah sekali lagi bersama adik-beradik lain, dapat isteri paling suka buat aku gelak (ehh). Last tu macam tak ada kaitan.

2013 ada banyak memori yang aku ada, dan banyak juga yang aku buang. Memang patut buang. Menyampah nak ingat dah pun. Jadi, sila masuk recycle bin 2013 aku ye sampah-sampah sekalian, dan nyah aku delete untuk selamanya. Sikit je, tak banyak. Cuma 'file' dia je berat sikit. Fseo ravno, dah buang :)

2013 juga membawa erti pada aku apabila pertama sekali aku subconsciously berniat untuk aktif dalam bahagian non-academics, and somehow, aku ter excelled sedikit. Jadi, Alhamdulillah. Kembali kepada realiti, tahun seterusnya adalah tahun optimis, tahun aku kena belajar termotivasi lagi, tahun yang aku perlu tahun execute definisi doktor sebenar-benarnya.  2013, you had been great to me, well, non academically.

2013 juga memberi aku pengajaran terang-terang pada diri aku, yang bahawasanya, hati bukanlah sesuatu yang kau boleh paksa untuk suka, benci spontaneously by time. Bukan. Kerana itu, aku menyesal. Tapi, aku belajar. Dan aku tak akan ulang. Ini akan jadi kali yang terakhir.

2013 membuktikan yang jangan kata sedia jika diri sendiri masih terketar-ketar sedia atau tidak. Banyak perkara sebenarnya applicable. Badan harus sedia, minda harus sentiasa fokus. Korban apa perlu, demi tanggungjawab di bahu.

Untuk 2014:

Mohon diberi aku kekuatan untuk aku terus menerus kembali kepada diri aku yang asal. Setakat ni failed benor. Aku nak diri aku yang dulu, not that kind of jerk, but as someone who always has enthusiasm in his study. Penat banyak sangat. Kali ini, fokus.

2014, cita-cita aku hanyalah untuk menjadi optimis dalam semua perkara, termasuklah apa yang akan aku tulis di dalam blog ini. Optimis! Kepada yang membaca, mohon tahan mata, mohon jaga mata, baca isi blog ini sebetulnya, dan betulkanlah, jika ada yang terlalai kata.

Untuk celebrate 2014 dengan hari yang produktif mengupgrade blog ini (credit untuk abang MOFAR kerana mencurahkan ilmu yang sangat berguna untuk aku mengupdate skill berkenaan web blogging coding dsb, SANKYU!) , ditambah pulak dengan perut yang mengidam something sweets, chocolaty, and cinnamon-y, den telah buat instant microwave chocolate cake in a mug (well, in my case a small bowl) and also cinnamon cake (gambar 2 last). They both tasted ssssssssssssssssoooooooooooooooooooooooooo goooodddd I almost screamin' and jumpin' up and down (hyperactivity) because Im so happy with how easy these recipes are, and how delicious they were!!!

Nak buat satu untuk mak ngan abah (bagi satu sudu sorang sudah la, dah dua-dua ada DM type II -.-")

Anyway, selamat tahun baru 2014! Moga hidup kita selalu hendaknya di bawah rahmat Allah S.W.T!

7 comments:

  1. Replies
    1. Mekasih mekasih :D

      Ada malware tak?

      Delete
    2. takde dah haha,,
      kau bwat camne ea piz? *just in case

      Delete
    3. x de dah.. btw, sorry sbb blog aku tu le, abes spread malware.. it is pandemic!

      Delete
    4. etie: eh eh, entah. aku actually tak tau pun. selamat uba gitau.

      unknown (tapi mcm known): actually, aku template and remove link kepada blog malware tu. ikut pesan member aku ubadah la :)

      Delete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^