Wednesday, May 8, 2013

Malaysian Malaysia?

Assalamualaykum,

Buka Facebook, suka. Nampaknya minda rakan-rakan aku sudah semakin cakna dengan perihal politik Malaysia. Buka Twitter, wah, semuanya mahukan perubahan untuk Malaysia. Tak mengapalah, biar berbeda kita, pasti kita punyai matlamat yang sama; mahukan Malaysia menjadi sesuatu yang lebih baik. Itu dulu. Itu sebelum PRU-13. Tapi, selepas PRU-13: Buka Facebook, frustrated! Buka Twitter, stressed! Rasanya, sudah mencapai satu tahap, aku mulai muak dengan segala benda yang terhidang di timeline Facebook/Twitter aku. Lantas keputusan yang aku ambil, log out. Malas. Muak. Jengkel.

Dan aku tidak salahkan mereka kerana itu. Tapi kadang-kadang timbul juga rasa kecewa, bukan kerana ianya sesuatu yang bertentangan pandangan, tetapi kecewa akan sesetengah pihak yang begitu senang sekali menyebarkan fitnah, menyebarkan fitnah yang bertopengkan 'fakta'! Segalanya yang sedap dengan mentaliti, mata sendiri, makanya itulah 'fakta' bagi aku! Oh, senangnya kita mencari dosa. Buta-buta aje!

Bukankah engkau engkau yang bising sebelum pilihanraya itu, yang segala yang berlaku itu adalah pilihan Allah maka kau akan redha? Tapi apa kau buat selepas itu? Tidak redha? Kau seolah mempertikaikan persoalan takdir. Ya, tidak dinafikan sebenarnya ada juga kepincangan yang berlaku, tapi, bukankah engkau orang yang sama yang begitu celik mata fikirannya tentang segala ajaran ulama? Secara tiba-tiba, segala apa yang ulama ulaskan selepas PRU tersebut, engkau buangkan ke tepi, kau letakkan kepentingan mata kepala engkau sahaja, begitu?

OK, aku bukan nak emo, tapi sadisnya, inilah yang berlaku. Cukup. Aku mahu ulas benda yang jauh lebih utama.

APAKAH NASIB MALAYSIA SELEPAS PRU-13 INI?

Prognosis mungkin, bagus, mungkin tidak bagus. Ini aku tidak berani ulaskan kerana dasar negara itu bergantung pada perancangan pihak atasan. Tapi, kebelakangan ini ditiupkan isu perkauman oleh media-media kerajaan, yang sudah tentu pastinya akan menimbulkan amarah kaum lain, tapi alangkah cantiknya juga, amarah kaum Melayu sendiri juga tertiup dek rasa muhibbah antara satu sama lain. Beauty.

Tapi apa yang aku ingin ketengahkan adalah berpolitik juga ada hadnya. Khasnya untuk orang Islam. Apakah 'had' yang dimaksudkan oleh aku?

Kita terlalu marah dengan kerajaan yang kita selalu ingat, kalau kerajaan BN naik, makanya kita akan ditindas, maka tiadalah apa yang dapat kita lakukan mahupun sedikit kebaikan pada komuniti. Makanya, rakyat akan ditindas sehabisnya sehingga kita tidak mampu menggerakkan tangan untuk menghulurkan sekeping roti untuk rakyat susah di kampung kita. Itulah sadisnya tahap politik kita. Kita yang sering melaungkan tentang kenaikan Islam, tapi yang kita nampak hanyalah dengan politik.

Mana hilangnya tadabbur alam yang engkau begitu uar-uarkan sebelum ini? Bermula dari mana? Individu Muslim bukan? Aku begitu kecewa. Pembentukan Inidividu Muslim itu bukanlah dengan semangat 'aku sisihkan engkau'. Lihat sahaja bila UMNO dan PAS diajak untuk bergabung, mungkin secara partinya tidak mampu atas alasan-alasan yang malas sendiri aku ulaskan, tapi tidak adakah antara mereka yang mampu memahami yang 'bergabung secara akidah' itu lebih utama? Maksud aku, mudah. Sekurangnya-kurangnya tidak pada tahap parti, tapi ajaklah, dakwahlah antara satu sama lain. Strategi pendakwahan itu bukan seharusnya bergantung pada 'aku hijau, kau hijau, maka marilah sama-sama sembahyang' tapi, bersifat semua. Kata Islam itu syumul? Mana hilangnya slogan itu?

Itu pertamanya.

Keduanya, adalah bagi aku, elemen dalam berpolitik haruslah berpadankan 'action speaks louder than words'. Ouh, tidak perlulah kita hebahkan soal janji mahupun manifesto politik untuk berluka sebegitu rupa, tapi, KITA sendiri, adakah action speaks louder than words? Jika malaikat maut menjemput nyawa aku, adakah aku akan menjawab dengan hanya bising sharing segala post berbau kebencian, berbaur perjuangan untuk membebaskan negara lebih penting dengan apa yang engkau ingin bantu, sekurangnya terhadap komuniti, adik beradik kau sendiri? Orang cakap, kita seharusnya membuat segalanya mengikut kemampuan kita, tapi, kemampuan kita hanya untuk membantu bersedekah pada orang susah di tepi jalan pun SUSAH SERIBU PEMBERAT! Point aku sebenarnya mudah, buatlah sesuatu pada masa yang sama, biar sedikit, seperti belajar betul-betul, buat nota untuk dikongsi dengan orang lain, buatlah apa-apa yang memberi manfaat pada orang ramai, DAN pada masa yang sama, boleh kita nak fikirkan soal masa hadapan negara. Sebab, kedua perkara ini haruslah PARALLEL. Kalau kau ada hanyalah bising-bising, tapi hakikatnya kau hanya suka duduk dalam bilik bermain fb, silakan dengan perjuangan kau, sebab ye, Islam memang akan berkembang sepertimana kembanya tilam katil itu.

Buat kerja, buat kerja, buat kerja.

Contohilah Russians!

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^