Lama betul dunia menulis ini.
Penulis maya.
Hanya bernada di dunia maya.
Barangkali apa segala terbuku di jiwa.
Terluah.
Aku fikir, lama betul menulis, ada baik kah apa yang aku tulis sebelum-sebelum ini?
Tidak. Mungkin satu, mungkin dua. Minor. Itupun barangkali tidak sengaja.
Jadi perlukah aku menulis yang baik-baik dan membawa kebaikan?
Tidak.
Aku menulis dari jiwa.
Bukan mudah mahu luahkan segalanga di depan mata orang.
Lain yang masuk cornea dan nervus opticus, lain yang keluar dari cortex.
Jadilah diri aku, bukan orang lain.
Jika itu yang aku mahu, itulah yang aku buat.
Jika baik, maka baiklah.
Jika buruk, belajarlah dari buruk aku.
Banyak aku lihat.
Dari menjadi diri sendiri, akhirnya menjadi produk bahan society, peer pressure.
Maka hilang satu identiti asli, diganti identiti kepura-puraan.
No comments:
Post a Comment
Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^