Assalamualaikum wbt,
Say hye to the blogger world back! Blog aku tak ramai follower rasa macam tak best pulak nak tulis. Bila ramai tutup blog pulak. Amende kau ni Hafidz?!! Ok tak. Jujurnya taklah penting sangat ada follower ni asalkan aku coret segala benda hidup aku dalam blog ni. Urm so, April adalah antara bulan yang paling aku tunggu-tunggu. Sebabnya, bulan ni ada hari jadi aku, yeay!
Hakikatnya taklah birthday aku ni grand sangat. Tapi setiap birthday tu alhamdulillah baik baik aje kawan. Berkat! Macam-macam wish aku dapat, baik yang dekat, baik yang sederhana jauh, dan juga baik yang paling jauh. Sungguh aku agak terkilan rakan paling dekat aku pun lambat wish aku, bukan sebab dia tak tahu, tapi sebab dia pun sibuk ditimpa masalah demi masalah. Tabah ye tabah ye!
Jadi makanya umur aku sudah 22 tahun. Tua barangkali, tapi jika dilihat pada paras umur, memanglah tak tua mana, jika dikira pada paras matangnya lagi lah belum tua. Belum cukup pun nak menggelar diri pembawa risalah dakwah amanat dari Allah. Sendiri punya kelemahan, sendiri tahulah. Sungguh aku punya cara sendiri dalam melambangkan jati diri seorang Muslim, mungkin bukan cara aku bertazkirah tapi cara aku adalah lebih akademik. Menjadi seorang Muslim yang sentiasa mencari sesuatu yang baru dan juga hebat pelajarannya. Akhlak tu, errrkk buntu.
Bukan tidak mahu, tapi bagi aku akhlak aku sememangnya tahal yang agak teruk. Tapi, aku lebih rela berubahnya akhlak aku atas diri aku sendiri, bukan atas mahu hidup atas 'other people expectations'. Tegas sekali sama sekali tidak! 22 ini haruslah ada prinsip yang tegas, tetap, jitu dan juga pandangan masa hadapan. Yep, masa hadapan yang perlu dirancang dari sekarang atau keberantakan masa depan aku jika masih lagi mahu kekal di tampuk yang lama. Akhlak dan juga ekonomi.
Maka atas sebab itulah aku akan berpindah ke asrama, atau hostel atau obshizhitiye. Taraaaa, surprise surprise! Alhamdulillah juga, Allah telah permudahkan hati kawan-kawan serumah aku untuk menerima hakikat bahawasanya aku mahu berpindah. Aku mungkin tidak tahu apa dalam isi hati mereka, tapi, mereka faham sahaja atas beberapa alasan aku yang utama, dek isu keselesaan pabila berada di dalam rumah baru ini. And to another surprise, aku akan balik ke bilik aku yang lama, yakni bilik aku ketika aku berada di Tahun Pertama pengajian di sini. Ada nostalgia, tapi yakinnya aku rasa perkara yang sama akan berulang. Karma berputar belit di situ dek sejarah yang buntu.
Ok. Cukuplah soal hari jadi dan juga kematangan. Kepada cik Anon, boleh lah kot nak bagi buku apa2 yang membina lagi. Nasihat dari buku tu lebih penting dan inspirasi untuk tempuh segala dugaan di sini. Nak nak lagi menempuh keadaan untuk kali pertama tidak balik ke Malaysia. Jangan ditanyalah berapa juta kali nak kena jawab dengan kawan dengan soalan tipikal macam "Eh, ko tak balik Malaysia ke? Kenapa doh? Boring weh, sini panas. Baik balik Malaysia!". Oh mak pula sanggup bayar tambang kalau kalau lah nak balik Malaysia juga. Faham aje lah mak, mestilah rindukan anak dia yang sulung ni, eheh. Ini semua temptation. Aim: mencari satu erti yang belum lagi ku temui sepanjang aku hidup. Erti yang benar-benar memberi erti syukur atas negara aku, apa nikmat yang aku ada selama ini. Erti Islam itu.
Maka sukan intervarity, Stalingrad Intervarsity Games 2013 dah berlalu. Barangkali agak bodoh kalau aku tidak merekod antara saat manis dalam bibit hidup aku ini. Alhamdulillah juga, aku juga telah dinamakan sebagai Olahragawan Terbaik bagi edisi sukan STIGX kali ini bersama-sama dengan Saudara Abon Rizwan. 2 Gold 1 Gangsa. Alhamdulillah. Tak disangka mana pun. Sungguh ada yang mula membuat perbandingan bahawa aku ni tidaklah layak mana kalau nak dibandingkan dengan star-star game-game yang aku sertai, tapi aku yakin juga, jikalau tiada aku juga, ia bukan dinamakan sebuah 'team'. Pasukan ini ibarat tangan kiri dan tangan kanan. Tanpa salah satu, adalah mustahil untuk membuat surgery! Jadi kejayaan aku ini bukan untuk dirai oleh aku, tapi semua. Kita berjaya! *kalaulah semua berfikiran seperti ini*. Sungguh pelbagai drama yang berlaku juga sebelum, selepas mahupun SEMASA STIGX dengan karenah mementingkan diri sendiri uprakyat jelata Volgo sekalian yang reluctant untuk menyokong pasukan univerisiti untuk bertempur di medan pertandingan (walaupun jadi tuan rumah), namun disangkal akhirnya oleh komuniti di sini dengan sebilangan besar dari mereka akhirnya turun padang untuk sama-sama membuat 'vocal abuse' bersorak sana sini untuk pasukan universiti. Syabas!
Rata-ratanya, aku berbangga dengan diri aku untuk edisi sukan intervarsiti kali ini. Oh, aku tidak membandingkan diri aku dengan sesiapa, tapi sekadar rasa puas dengan diri yang at least berjaya untuk menyumbangkan sesuatu untuk menjayakan temasya tahunan ini. Puas puas puas. Cita cita tahun ke empat aku sebahagiannya sudah tercapai, tunggu MSA lah pula! Antara benda yang aku sumbangkan adalah:
- design banner rasmi dan juga scroll banner
- design medal
- design logo rasmi temasya sukan
- design official merchandizes bersama Jonah Seeni
Aku hanya memberikan apa yang aku mampu, dan juga apa yang aku minat. Jadi segala penat lelah itu terasa nikmat, berbaloi baloi! Sebab bagi aku, keutamaan akademik itu penting, tapi selagi kita ini namanya muslims, kita ni seharusnya rasa hebat, bukan selalu kena rehat, sebab dekat akhirat masa-masa free inilah yang akan disoal siasat! Bukan sekadar bercakap, tapi tindakannya habuk. Bukan sekadar jadi pembantut sesuatu program tapi menjadi sesuatu 'gear' untuk melancarkan lagi majlis. Dok begitu?
Mungkin semester ini aku tidak mengharapkan lebih soal akademik, tapi aku harap komuniti tahu, yang kalau masing masing sama sama menyumbang sesuatu biarlah sesuatu yang kecil dalam bentuk kata laungan sekali pun, ia memberi satu makna yang besar bagi memacu kemajuan ummah, tidak perlulah muslim sahaja tetapi semua sebagai satu komuniti yang majmuk. Bukan alasan kita untuk menarik diri sebab 'tiada bakat' tapi gunakan apa yang sedia ada untuk memberi sesuatu, of course, in the form of action, not talks/complaints.
Jadilah Islam dan islam pada masa yang sama! :) iA
thumbs up!
ReplyDeleteAprillian. baru get used dgn word nih. LOL
Tq star bola baling frissbee netball dsbnyaa :)
Deleteassalamualaikum..
ReplyDeletetahniah atas kemenangan...
selamat hari lahir sekali lagi..
seronok baca cerita awak, dah lama senyap sepi..
saya pun sibuk jugak dengan praktikum,
birthday saya pun tak rasa macam birthday sebab sibuk fikir pasal sekolah
insya Allah, minggu depan last week...
dan saya akan sambut hari terakhir dengan pergi borong buku dekat pesta buku..
tahun ni Hlovate keluarkan buku baru..
sy teramat sangat gembira...dah dua tahun tak ada buku dan tahun ni mmg sy tak sabar nak pergi pesta buku..kalau nak saya belikan buku tu boleh je tapi tahun ni awak tak balik kan..kalau awak nak baca, ada je jual online tapi mungkin mahal skit la sebab bayar pos segala bagai kan..tak pa, nanti kalau saya dah baca, saya share dengan awak apa yang saya dapat.
cik anon tu saya tak tahu awak maksudkan siapa. tapi oleh sebab awak cakap pasal buku, saya la kot nya..tak ada nasihat sangat, macam la saya betul sangat nak nasihat-nasihat orang..
stakat copy paste tu boleh la..insya Allah, awak boleh punya.dekat Malaysia pun panas jugak, so tak apa kalau tak balik..boleh merasa puasa dekat sana, boleh merasa terawih dekat sana...insya Allah kalau niat kita betul, Allah akan tolong..
ok banyak pulak membebel...
nanti minggu depan bila dah habis praktikum dan saya dah borong buku, saya cerita lagi...
p/s saya ada wish birthday dekat post yang saya selalu komen tu..tak tahu awak baca ke tak sebab dah tulis merata-rata tempat..
wassalam
(3:173)
Assalamualaikum wbt...maafffff baru sedarrr hari tu birthday awak jugak. Happy birthdayyyy. So many things have been going on, with the hostel etc (awak pun tahu saya masih dok update kt sini).
Deleteassalamualaikum...awak lagi tua dari saya ye sebenarnya, saya muda beberapa hari dari awak..alhamdulillah, praktikum dah habis dan macam saya cakap, saya dah dapatkan buku hlovate terbaru..sejam je saya beratur untuk bayar semata-mata..mmg hlovate ni fenomena...
Deletenanti saya cerita lagi...
wassalam....=)
Welcome back to hostel ; )
ReplyDelete