Saturday, March 30, 2013

Mimpi Grad

Assalamualaikum wbt,

Banyak kali juga aku cuba tepis benda basah ni dari muka aku, tapi tak henti henti juga mengalir. Makin lama aku tahan, makin banyak pula dia keluar. Air mata.

Entah tidak semena-mena dari mana entah datangnya air mata ni. Baru nak masuk first phase of mimpi, terus mencurah curah ke ladang gandum jatuhnya. Macam iklan KokoCrunch pulak. Oh, memanglah. Manakan tidak, aku sendiri telah forwardkan masa aku untuk berada di masa aku akan grad nanti. Waktu yang barangkali ditunggu tunggu sepanjang enam tahun pengajian di sini. Seriously, bagi aku itulah akan jadi paling susah untuk aku tahan kesedihan. Mungkin kawan tidaklah menjadi satu yang akan aku sedih, sebab pasti aku akan aku ketemu jua mereka bila masa aku bekerja, tapi...

Yang pasti akan aku rindui adalah 'keluarga kedua' aku di sini. Terutamanya Misha. Cikgu badminton aku. Mungkin saat grad aku nanti, aku akan menjadi sangat susah untuk berpisah dengan badminton court aku di sini, apatah lagi Misha. Dia tidak pernah gagal membuatkan aku rasa seperti ada 'ayah' di sini. Seorang ayah yang cool. Sudahlah dia ada anak yang sama tarikh lahir dengan aku 'Matvi' atau nama English dia, Mathiew.

Universiti aku bukanlah sesuatu yang aku banggakan sangat, jujurnya. Tapi sesetengah orang di dalamnya membuatkan aku rasa terharu, macam humanity is restored! (Tagline mainstream dalam internet). Mungkin dulu aku menangis sebab kawan, tapi disebabkan tangisan itulah aku dipermainkan, instead of the values tu pun dah entah kemana, maka rasanya, tak semua menghargai, atau menyembunyikan penghargaan, lebih aku cari jalan untuk menghargai dari dihargai. Kerna, manusia itu tidak semua sefahaman.

Aku akan berpindah lagi. And this time for good. And for a real goodness. Balik ke waktu dulu. Waktu asal.

1 comment:

  1. kalau segala benda dalam dunia ni mudah
    tak ada yang payah
    sah lah semua manusia tak ada masalah

    maka
    berpijaklah di bumi nyata
    mana yang susah,lawan dengan usaha
    mana yang payah,atasi dengan upaya
    dan jangan lupa doa
    Allah kan ada?
    takkan dah lupa?

    @[Hlovatesays]

    ReplyDelete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^