Assalamualaikum wbt,
Keadaan semakin meruncing. Intensed! Lagi 20 hari Malaysian Intervarsity Games akan berlangsung di bumi Volgograd (atau Stalingrad nama dahulunya yang diguna pakai oleh pihak committee untuk tujuan promotional). Training demi training hampir setiap hari dalam seminggu. Hari Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat, Ahad sudah fully packed dengan training badminton. Hari Rabu sudahlah balik lambat, pukul 6.30 petang, ada pula training Ping Pong di University. Ah, Sabtu kan free? No! Tak juga, pukul 8 hingga 9.30 malam ada latihan bola baling. Conclusionnya adalah hari-hari aku sebenarnya fully booked!
Bagaimana pula dengan pelajaran? Selalunya majoritinya akan pasti tercicir dengan pelajaran. Bagi aku, pelajaran itu tetap pelajaran sebab pelajaran itu tanggungjawab. "Redefine your priorities". Satu ayat yang tegar dalam cerita SAW 7 yang aku tonton dengan housemates aku semalam. Prioriti atau keutamaan. Hurm. Dalam cerita tersebut, ia membawa erti betapa manusia akan menghargai hidup setelah di hampir dengan kematian yang pasti berada di hadapan mata. Menjerit, memotong tangan, buatlah apa sahaja untuk memastikan mereka masih hidup dan masih mampu untuk berubah. Tapi, malangnya ibrah tak 'masuk' kalau setakat nak tengok orang menjerit terseksa. Cari the inner side of the story.
Aku punya hidup selalunya tidak parallel dengan orang lain. Selalunya orang lebih bersifat pokok. Tetap dengan tempat yang sama, memegang akarnya. Unless, ada orang yang cabut tanam ke tempat lain. Hidup yang didoktrin oleh kehidupan lain. Hidup manusia banyak jenisnya, sungguh aku percaya disebabkan berlainan jenislah wujudnya diversiti kehidupan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Aku lebih suka berubah tempat, berubah mood, berubah prinsip. Rasa apa yang orang lain rasa. Duduk di tempat orang lain. Erti 'kenal' itu akan menjadi lebih 'kenal'. Kenal inner side. Bila tibanya masa waktu nak balik ke Rusia dari tanah Malaysia, aku sudah tetapkan prioriti aku untuk tahun ini. Prioriti ditetapkan bukan atas dasar meminggirkan tanggungjawab lain, tapi hanyalah 'melebihkan'. Semester ini adalah untuk komuniti, kurangkan study, maka itulah yang aku sedang buat. Supaya otak, minda, psikologi dapat bersedia apa consequences yang bakal aku jumpa. Pelik, sungguh aku semakin sibuk, semakin pandai aku gunakan masa. Study aku lebih up berbanding dengan ketika waktu aku banyak free time. Ini tidaklah janggal bagi orang yang mengenali aku sebab perkara yang sama berlaku ketika masa aku berada di sekolah menengah dahulu.
Banyak orang lebih bertutur soal hadith, soal ayat al-Quran yang lebih menekan kepentingan beberapa amalan yang pada satu tahap tidak memerlukan penerangan dari al-Quran tersebut. Kedua sources tersebut hanyalah bertindak sebgai medium peringatan, bukan medium peraturan. Malangnya, Muslim yang dikatakan Muslim yang sangat berpengetahuan ini, hanya mahulan 'kalau ada dalam hadith, maka eloklah kita buat kalau tak, tak buat pun tak ape je'. Itulah yang berlaku. Peringatan diinterpretasikan dalam satu mentaliti yang kononnya Muslim sejati. Moraliti bukanlah sesuatu yang parallel dengan agama, tapi dalam agama itu diajar tentang moraliti. Moraliti pada asasnya boleh diterima diseluruh pelusuk manusia. Mana baik, mana tidak. Tapi Muslim 'sejati' ini moralitinya tidak ada, hanya agama. Agama yang tidak lengkap.
Mungkin apa yang akan berlaku akan menjadi satu keputusan drastik bagi surrounding aku. Cukuplah rasanya tersiksa, kerna tanggungjawab aku juga banyak. Terlalu banyak stress untuk difikirkan sebenarnya tidak elok. Sebab aku ada prioriti aku. Pelajaran. Komuniti. Itu prioriti aku. Aku harus berubah, dan transformasi. Cari satu habitat untuk aku mudah adaptasi, dan lebih kenal komuniti. Insya Allah.
Drastik pasti ada risikonya. Namun drugsnya adalah "time heals". Moga Allah permudahkan segala urusan :)
P.s: goodluck on your 1 month practicals. I know youll be the great teacher. ^_^
All the best jgk utk awk, en doktor.. doakn yg terbaik utk semua..
ReplyDelete