Thursday, March 14, 2013

Specialist

Assalamualaikum wbt

Sekejap sekejap boleh lah nak post dalam blog ni. Walaupun habis tukar semua theme sebab nak nampak simple habis dan kononnya lah kan macam rindu sangat dengan winter. Oh, btw winter dah habis, tapi "feels-like" dia sebenarnya masih ada aje lagi. Tapi, bersyukurlah sikit sedangkan tempat-tempat lain masih lagi leka berputih mata bertebal lemak nak mengharung salji ke kelas. Pun boleh.

Apa-apa pun, hari ni dah habis kelas Dermatology selepas 4 hari belajar. Pada mulanya sangatlah tidak minat, mungkin sebab dulu pernah ada penyakit kulit like Panau, tapi subjek ini sebenarnya sangat menarik. Dari tak minat pun boleh jadi minat. Mungkin olahan dari cikgu sangat menarik membuatkan pelajarnya tertarik. Sungguh, lecturer sangat memainkan peranan yang penting di sini. Nak ditambah pula, sebab rasa diri sendiri teramat bodoh dan noob bab skin diseases menyebabkan diri rasa ter'push' nak juga faham apa benda dengan kulit ini sebenarnya.

And gladly what I did was right.

Rasa macam lama pula tak mengamuk hal study dekat blog. Nampak tak di situ? Dari first year, selalunya students akan jadi marks freak, sebab masih lagi terikut dengan system di Malaysia. Bagi aku, apa yang dihadapan semakin jelas, yakni waktu kerjaya. Waktu sibuk, waktu segala benda haruslah dikeluarkan dan apa yang lagi penting, apply! Memegang nyawa seseorang bukanlah senang, dan dari situlah datangnya tanggungjawab yang besar. Besar sehinggakan satu minor error mungkin akan menyebabkan satu fatality yang akan cost seseorang lain sebuah nyawa yang berharga dan tiada nilai tandingya. Berat nanang.

Orang selalu tanya aku, nak jadi apa lepas study ni. Aku spontan jawab nak jadi O&Gist! Memang aku ikhlas benar nak belajar subject ini, sungguhpun dapat cikgu yang tidak memuaskan hati dan akan kos risiko gagal semasa peperiksaan akan datang. Tapi serius nak jadi O&Gist. Bukan sebab apa, pahala besar! Tapi apakan daya...

"Jadi obstetrician dekat Malaysia bukan sama macam dekat sini Piz. Sebab orang Malaysia tak se-cool orang sini. Orang sini bagus sebab dia tak kisah apa yang kau mahu nak buat terhadap dia. Buka baju seluar semata-mata nak buat examinantion, semua tiada masalah. Orang Malaysia majoritinya orang Islam, adab dan etika, ikhtilat semuanya harus dijaga."

Maka dengan itu musnah juga impian aku, sungguhpun niat baik, tapi ada juga batasan. Tak apa, aku ada lagi dua bidang yang aku minat, Neurology dan juga Cardiology. Mungkin sebagai therapeutist mungkin sebab surgeon. Bergantung. Jika masih belum di alam pekerjaan, susah nak estimate apa sebenarnya rasa berada di tempat para professional ni. Apa-apa pun itu cumalah impian jangka masa jauh, yang dekat ni, biarlah dicapai dulu, ye dok?

...


And as for you, i dont know if you read my blog or not, but then thank you for giving a chance to have someone by my side. Someone who eventually will hear all my rants, and important of all, someone who accept the way I am, as I can be who I am. Im not a perfect guy I know. But, bare with Allah, as He knows the right path for us. Someday :) thanks

AMA



No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^