Tuesday, December 17, 2013

Losing and lost a friend.

Dari kecil.
Rasanya dah terbiasa jumpa kawan.
Yang baik. Yang mesra. Yang selalu bergurau senda.
Tapi akan tiba masanya, lambaian menjadi pengakhirnya.
Sampai bila? Sampai bila takdir ditemu kehendakNya.

Hilang kawan barangkali sudah terbiasa bagi diri aku.
Tak kisahlah dia pernah baik bagai mana pun.
Apa yang lepas tetap lepas.
Itu semua memori.
Yang baik. Yang perit.
Aku ingat dua-dua.
Tapi bila dipilih titik noktah, maka noktah lah ia.
Maka pabila disambung tulisan, ianya ayat baru. Perenggan baru.
Hidup baru.

Kiranya kata putus sudah tercapai, jujurnya masih tak terucap jari, apatah mulut.
Masa untuk lupa yang dulu, walau agak terdahulu.
Bukan sengaja mahu lupa, tapi buat apa ingat jika lupa dan alpa?

Ini bukan soal benci, jauh sekali hasad dengki.
Ini soal berdiri sendiri, atas dua lemak betis dan laki.





Makanya, hidup aku adalah hidup aku. Harus berkesinambungan. Walau aku tahu, akan ada perit penyesalan. Itu pasti. Entah bila, akan ku tunggu masanya. Bila tiba, ku harap tiada bayang ku mahu temu si pelupa.

3 comments:

  1. benda yang paling takut, adalah kehilangan...hilang kawan, maybe akan diganti dengan kawan yang lain...mungkin tak sama, tapi sekurang-kurangnya ada peneman

    ReplyDelete
  2. People comes and go.
    Embrace the changes.
    For the sake of changes :)

    ReplyDelete
  3. yup, orang tak dtg dlam hidup kita scra kebetulan,,msti ada hikmahnya ^^

    ReplyDelete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^