Thursday, May 31, 2012

Basi

Assalamualaikum,

Lumrahlah bila manusia ada masalah. Lumrah. Kalau tidak ada masalah, maka itu bukan manusia. Bukan hidup. Bukan norma. Namun begitu, tidak semua masalah dapat diselesaikan dengan mudah, mahupun dengan cepat. Adakalanya, kita terpaksa menangguhkan langkah cepat yang kita cuba ambil, bertahan dan beristiqamah, kemudian terjumpa satu pintu yang baru. Biar sakit dahulu, tapi lebih senang kemudian.

Ini semua perkara yang sering kali berlaku dalam kehidupan manusia. Berkitar-kitar tanpa ada hentinya, cuma berhenti ketika masa nafas dalaman sudah terhenti. Itu pasti. Kita suka akan benda yang baru, benda yang lebih 'panas' atau 'segar' dari ladang. Cuma kali ini, entry blog ini berisikan sesuatu yang sudah basi. Sesuatu yang aku kira, sudah tiada valuenya kalau aku lepaskan sekarang pun.

Semuanya random, jangan risau. Dan tiada individu pun akan tercedera dalam entri kali ini, jangan risau. Tak perlu saman-saman, heboh dekat mulut-mulut orang pun, jangan risau.


  • Kau kelihatan sempit. Tapi hakikatnya, Allah menyebut dalam Al-Quran, yang manusia yang berbeza (dalam menegakkan agama Allah) itu, sentiasa akan mendapat ganjaran atas apa perkara baik yang dilakukannya. Biarlah nampak kau sempit, tapi kau pasti akan apa kau lakukan hanyalah betul di mata Allah. Ini satu perkara yang tajam, tapi ya kau benar. Aku salah. Mereka mungkin salah, entah.
  • Kau kelihatan begitu sombong. Tidak bercakap dengan orang, tidak mengendahkan orang lain, ataupun kau kelihatan sangatlah tidak mahu bekerjasama. Tapi, kau sebenarnya sudah besar, besar jasa kau dari orang lain. Kau ada pelaburan nyata di dunia. Kau bertungkus lumus, tidak dilihat di mata orang lain. Moga Allah sentiasa bersama kau.
  • Kau kelihatan seperti penuh masalah. Kelihatan juga seperti kau membuat masalah. Ya, kau cantik, baik, atau mungkin terlebih dalam adab pergaulan kau sehinggakan orang menyalah tafsir dan akhirnya kau berakhir dengan satu kesakitan pada satu pihak yang lain. Masak dan faham. Mungkin aku kurang mengerti apa kau mahukan, tapi yang aku pasti kau bukan patut dilihat pada sisi itu. Mungkin sisi itu hanyalah keburukan pada mata aku sahaja. Bukan orang lain. Tapi kau sanggup bakar diri kau, kau mengalah, biarlah mereka mahupun aku ingin membuka mulut apa, yang pasti kau menghargai. Kenapa aku begitu buta? Sebab titik hitam yang satu mentol, membentuk bayang yang menutup setiap cahaya yang kau cuba terangkan. Cukuplah. Kau banyak benar baiknya dengan orang sekitar kau. 
  • Mungkin mereka bising, tidak ada kerja. Tapi mereka ada 'mereka' pada 'Dia'. Mereka saling bantu-membantu, dekat diri pada Dia. Supaya tidak jauh. 
  • Mungkin mereka mahu menunjuk. Menunjukkan yang halal itu lebih baik. Lebih berkat hidupnya. Carilah alasan kita untuk menidakkan mereka, tetapi dimana mereka? Di mana kita?
  • Dia sepertinya tidak sempurna. Tapi bukankah manusia itu selalu alpa, sentiasa melalukan kesilapan. Apa yang lebih silap dari kesilapan mereka? Ya, kesilapan kita. Kita tidak bertanggungjawab untuk mereka. Suara di occipital lebih kuat dari frontal. Ada kita berani tegur? Cara baik pun ada? Cubalah selepas ini, cuba dahulu. Aku cuba. Kenapa orang lain mampu menerima, tidak aku? Mahukan sempurna, lebih dari diri yang jauh tidak sempurna.
  • Mungkin mereka tidak selari dengan apa di minda limbic aku. Jauh lari. Tapi ingatlah, dengarlah mereka berkata. Mereka berkata dengan kebenaran. Jangan cuba menidakkan kebenaran, mencari kesalahan menutup kesalahan, mencari kebenaran palsu menutup kesalahan. Sesunnguhnya itu lebih salah dan amat salah. Belajarlah untuk menerima. 

Itulah episod basi. Semua perkara ini sudah basi. Tapi ingat, kitaran itu sentiasa bergerak sehingga terhentinya vasmotor dan respiratory center kita di medulla oblongata. Kisah mungkin tidak berputar, tapi yang pasti kesilapan dari tidak mengambil pengajaran PASTI akan berulang. Bak kata mat saleh, what goes around, comes around.

Lama tak letak gambar


Wasalam. 

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^