Friday, January 17, 2014

Bahagian putih

2:52 pagi. Beberapa jam lagi sebelum aku menghadapi peperiksaan Psikiatri. Terjaga. Entah sebab apa. Mungkin selimut menjadi terlalu panas, mungkin sebab kepala resah memikirkan exam di siang harinya, mungkin juga sebab ada sesuatu yang terbuku dalam hati yang cuba aku terus terang, tapi tak mampu dan tak berkesempatan.

Jadi menyingkirkan kesemua possibilities kenapa aku terbangun, aku memilih untuk analyse satu satu benda. 

Ini gambar. Sebelahnya aku. Sebelah lagi kau. Lama sudah gambar ini ditangkap. Aku simpan sebab aku appreciate. Dihadapannya, apa aku tulis? "Sahabat baik". Entah ke mana kau hilang, entah sejak bila kau hilang, aku sendiri tidak pasti. Cuma aku sangat merasakan ia telah lama hilang. Malah erti kata 'sahabat' itu juga telah lama hilang berkurun. Tapi, tidak boleh disalahkan tentang apa-apa sekalipun, jika apa yang berlaku mungkin adalah kesalahan aku sendiri. Bukan sekadar mungkin, barangkali sudah pasti kesalahan aku. 

Cumanya, apa ada kesalahan yang tidak aku sedari? 

Atau yang buta selama ini aku? 


Jikalau kau memilih untuk membuang aku, maka buang sahajalah semua. Bagi aku, yang datang, yang pergi ada sebab mereka datang, dan juga pergi. Aku belajar sahaja. Sudah terbiasa dengan dibuang, kiranya seperti hilang satu pokok. Mana entah benih lain, mana entah pokok lain. Yang pasti kau telah banyak berjasa.

Kaki. Biar kau longgar masih di dunia ini. Cuba merangkak sendiri-sendiri. Biar langkahmu pelik setiap tapak dan inci, tapi, kau harus yakin yang di dunia ini ada yang datang, ada yang pergi, walaupun bukan sahaja pada mati yang memisah, tapi pada erti yang tidak berkisah; kau masih tetap harus jalan. 

Jadi optimis. On the bright side, we are who we are. We learn to define who we are no matter how much 'permanent' is our personality. We define ourselves as we go through thick and thin, thorns and corns of life. 

P.s: even if we see 20 mistakes with 10 through each eye, if we count of how much good some people had been to us, we will be ashamed of, how demanding we are that we can't accept a little mistake for 20000 goodness someone had done to us. Did 1 mistake, saw 1 big mistake, forgot all the deeds.

Its me, human. Saying an apology for those whom if I ever made mistake to you. 
Sorry. Maaf. 

Bukan sebab exam. 

1 comment:

  1. dalam sebuah ihya' ada tertulis bahawa
    seorang sahabat haruslah memberi sekurang-kurangnya
    70 alasan kepada sahabatnya sekiranya
    dia tersinggung dengan tingkah laku sahabatnya itu.
    kemudian setelah ditemui 70 alasan itu dan
    kita masih marah kepada sahabat itu hendaklah kita sedar bahawa
    kita sebenarnya seorang yang teruk.
    kerana 70 alasan sudah diberi kita masih belum mahu memaafkannya.

    ReplyDelete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^