Monday, September 30, 2013

Ada maksud lain kah?

Dah banyak kali dalam hidup aku, yang jikalau memberi itu pasti ada balasan, pasti ada udang di sebalik batu mahupun mee.

Penat sudahlah dengan semua benda itu. Zaman tidak matang. Zaman mulut cakap ikhlas tali hati tidak berapa ikhlas.

Tapi, aku rasa aku mula faham erti ikhlas.
Ikhlas itu seperti sudah berkali kali dilaungkan 'memberi kerana harapkan redha Allah, tidak mengharapkan apa satu balasan pun dari insan yang menerima'.
Hati aku ni taklah berapa tenang. Jangan tanya kenapa. Aku sendiri tau, tapi buat-buat tak tahu, sebab kalau tahu pun, buatnya tak mampu. Tapi kalau kau ikhlas memberi, berilah apa pun, sedikit mahupun banyak, bila masa hati kau gembira (bukan riak), nescaya ikhlas itu ada redha padanya.

Masih belajar.
Aku bukan pelajar agama.
Tapi aku mempelajari agama.

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^