Thursday, August 22, 2013

3 in 1

Assalamualaykum,

Aku selalu ada banyak 'pemikiran dalam' atau 'deep thoughts' ni yang aku sendiri agak tidak pasti bila masa dia akan muncul. Macam sangat random, deep thoughts ni selalunya mula mengimbas 'apa yang aku tidak ada' dalam hidup aku. Mulalah rasa itu tak cukup, ini tak cukup. Dan mulalah aku rasa sedih. Iyelah, masa deep thought ini jugalah antara 'main procedure'nya adalah mula membuat perbandingan dengan orang lain. Dan kali ini, benda itu terjadi lagi sekali.

Berjalan seorang. Fikir.

Macam yang aku sudah ceritakan. Baru-baru ini ada junior-junior datang. Dan agak tidak difahami secara tidak semena-menanya, status aku disalahfaham di Facebook dan si junior ini terkomen dengan bahasa yang kurang ajar. Bila ditanya, dengan tidak bersalahnya, dia menjawab 'melawak aje'. Melawak kepala hotak kau dengan bahasa kurang ajar macam tu. Mujur malam tersebut aku tidak ada di hostel, kalau ada, mau parah juga aku patahkan setiap tulang belulang kau. Tapi disebabkan aku memilih untuk tidur, supaya fikiran aku tenang, maka aku cuba menjadi lebih rasional. Dan rasional itu pula kembali menyalahkan aku: "Apa yang aku buat salah dengan budak-budak ni?". Bila ditanya kembali, semakin banyak bukti yang aku ini ada buat salah dengan budak-budak ni.

Jikalau ada sebarang pertolongan, tidak ada satu pun dari budak-budak ni datang nak minta bantuan dekat aku, tapi dimintanya kepada senior yang lain. Mungkin aku ni tak hensem agaknya. Mungkin aku ni tidak ramah. Mungkin aku ada tampar sekor dua. Entah. Jika cuba dicari salah sendiri, siapa yang akan jumpa bukan? Jika dicari salah orang, pasti 2 saat sudah dapat jawapannya. Penat aku cuba mencari jawapan, memang tak ada satu jawapan pun!

Dari itu aku mulalah menyalahkan diri sendiri untuk segalanya. Barangkali merasakan diri seperti tidak diterima oleh society. Banyak salah silap yang sendiri hilang punca. Kalau senior-senior atau junior yang sudah mengenali aku, sudah pasti aku faham apa bencinya mereka terhadap diri aku: loudest voice. I don't mind being hated for having this loudest voice in saying whatever I think it is wrong rather than being a dog who had been told to take this and that to please its stupid master.

Banyak betul aku nak luahkan malam ni.

____________________________________________________________________________

Zakon Boomeranga (Rule of Boomerang)

Lupa nak menceritakan ada satu perbualan aku dengan pak cik teksi yang sedang menghantar aku, seorang junior, dan pak cik yang merupakan ayah salah seorang junior di sini ke Targovii Centre atau Shopping Mall Akvarel. Sejak dari mula dia menjemput aku masuk ke pintu, sudah aku pasti, ini salah seorang Russian yang ramah, banyak mulut.

Perbualan biasa dimulakan dengan bertanya asal dari mana, cakap bahasa apa, mereka ini siapa. Ada juga sekali sekala aku bertanya: "Bila nak datang Malaysia?". Tersengih kerang dia jawab: "Bila ada duit, tengoklah kalau ada. Teringin juga saya mahu pergi". Insya Allah pak cik, kalau ada rezeki itu pasti saya sendiri akan menjemput orang sebaik pakcik.

Perbualan semakin serius bila pak cik tersebut mula bertanyakan soal agama. Pada masa yang sama, dua orang penumpang dibelakang membisu, tapi cuba memahamkan perbualan kami. Aku tidak mampu mentafsirkan setiap patah perkataan perbualan kami kepada dua orang tersebut sebab perbualan kami rancak berlangsung, tapi aku berjanji akan aku terang kepada mereka tentang apa yang kami bualkan.Oh berbalik kepada perbualan: "Apa agama rasmi kamu di sana? Macam kami di sini agama Christian, kamu?". Aku menjawab dengan nada modest, "Saya Musloman/Muslim. Kami beragama Islam." Kemudian, dia menjawab "Oh, kamu semua ni percaya Allah lah ya?". Aku mengangguk. "Macam ini kan kamu cakap: Kepada Allah kami percaya dan tiada tuhan melainkannya, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Bukan?".

Bulat mata aku. Iyelah, bukan sebarangan orang boleh buat macam tu. Aku bertanya mungkin dia ada kawan Muslims. Dia menjawab, "Ya, sudah pasti! Kami negara multi-racial, multi-religion jugak." Alhamdulillah, dia ni banyak mengubah persepsi aku terhadap Islamophobia Russians. Kemudia dia kembali menyambung, "Mana-mana agama pun, kita ni semuanya sama aja. Cuma orang yang hidup tidak bertuhan sahaja yang akan membawa kecelakaan terhadap manusia itu sendiri. Tuhan itu perkataannya luas sekali. Tapi yang pasti kita harus percaya Tuhan yang Satu. Tak kiralah jika kita beragama Kristian, Islam, Yahudi, apa-apa pun juga. Dekat Tuhan kita kena percaya!". Mulalah aku berkongsi pengalaman aku dsbnya.

Tiba-tiba dia berbicara soal ekstremis. Iyelah, ektremis ni, itu tak boleh, ini tidak boleh. Agama dia aje yang betul. Undeniable, bukan sahaja di dalam Islam, malah dalam Kristian juga perkara sebegini pasti tidak dapat dielakkan. Tapi pandangan dia seterusnya menampar aku untuk 2 saat: "Pernah dengan zakon boomeranga?". Aku menggeleng tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Kemudian baru mengangguk tanda, sebab baru faham perkataan yang dia gunakan. Bukan senang nak tangkap semua perkataan russian yang dia cakap macam peluru. Haha. "Macam ni, kalau kita buat baik, dengan apa-apa pun, dengan manusia, dengan Tuhan, dengan binatang, dengan pokok, dengan diri sendiri pun, sudah pasti ia akan mendatang kemudaratan pada diri kita sendiri, itu adalah zakon Boomerang!". Ha'ah. Mana ketidaknya. Boomerang, kalau dibalingnya dengan amarah, sudah pasti datangnya kembali dengan kesakitan dekat diri sendiri sebab laju sangat.

Zakon Boomerang.

Buatlah baik dengan segala benda. Semua benda. Baik hidup, baik tak hidup.

=)

p.s: lagi satu akan aku tulis dalam masa terdekat. dilemma seumur hidup.
p.p.s: ni antara gambar yang telah disnap semalam. banyak juga gambar yang aku berkenan. Bak kaya ayat instragram aku "Hormonal". Time hormonal mulalah aku mencari camera aku. Pelik, aku memang particularly in the mood untuk benda-benda hijau. =)


































1 comment:

  1. kita belajar daripada ujian
    kita belajar daripada pengalaman
    kita belajar untuk menerima ketentuan Tuhan
    kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang
    kita belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita
    kepada Dia tak kira jika belok ke selatan dan utara sekalipun~hlovate

    ReplyDelete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^