Thursday, August 29, 2013

Dalam

Salam.

Hati yang pecah.
Luka berdarah.
Bukan seronok pun dibuat main. 
Biarlah berjuta 'surgeries' yang aku tengok.
Tak pernah seronok sekali pun. Serius.

Entah macam mana dia boleh hidup.
Tak bersalah. Tenang. Puas hati. 
Ukir senyum, tawan dua tiga hati.
Lepas tu pijak lagi.
Ada yang berkali-kali kena lagi. Pun tadah lagi. Tak kenal erti serik, kot.

Bersalah itu bukanlah ertinya aku mahu kembali. 
Bukan juga ertinya aku mahu kau mati.
Cuma, soal hati ini, bukan soal dua tiga minggu hilanglah nanti. 
Bersalah aku tak habis lagi. 
Iyelah, pernah kena dulu. Pedih sampai la ni.

Lagu Mirror ingatkan aku dekat kau. Entah kenapa.
Mungkin itulah benda yang selalu aku tengok tiap pagi.
Lihat betul-betul bukan dengan mata kepala. Tapi dengan mata hati.
Jumpalah lah siapa diri kau sebenarnya.
Tiap hari, kau rasa kau ada baiki sesuatu ke?
Atau kau masih bergelumang dengan masa lepas.
Bersalah. Buat dekatorang macam itu.

Entah apa kau akan tweet lepas ini. 
Tapi, entah. Aku sendiri tak faham. Buntu akal. 
Susun kata bagaimana lagi yang akan aku terjahkan.
Bisa mulut tetap ada. Dalam hati merana juga. 
Mau melimpah macam empangan dalam ini.
Sekadar mesej tidak memadai,
Maka apakah mulutku sendiri yang aku perlu bicara pada kau?

Aku harap awkward ni hilang. Sebab itulah benteng buat masa sekarang.
Aku tak berani. Pengecut.


No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^