Saturday, May 4, 2013

For Malaysia

Assalamualaykum,

Tak terkejut yang hari ini merupakan hari yang paling penting dalam sejarah Malaysia. Sungguh aku percaya hampir mustahil mahu melihat sesuatu yang neutral, namun, neutral atau tidak, perkara yang paling penting adalah 'hak' dan 'batil'. Tidak semestinya sesuatu parti yang memperjuangkan perkara yang benar, kesalahan minoritinya kita boleh memutarbelitkan, atau kita cuba lindungkan demi menjaga integriti. Malah, integriti itu sendirinya akan tercalar.

Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan perlbagai bangsa yang hidup berbilang kaum. Bangga juga aku sebenarnya berada dalam satu negara yang multi-racial yang mampu hidup dalam keadaan aman dan damai. Bukan calang-calang negara mampu berlaku adil seperti ini. Namun, pengakhiran ini integriti itu seringkali dimomokkan dengan sesuatu yang semakin menjurang, sesuatu yang semakin mereggang. Realitinya, ianya tidak! Sungguh, rakyat malaysia sudah kenal erti 'bersatu', erti mencapai satu kata putus dalam mengubah. Ini yang membuatkan aku rasa bangga sekali.

Kerajaan

Pembentukan kerajaan memanglah susah. Tapi, pengamatan yang teliti haruslah diamalkan, menggunakan akal rasional, kerajaan yang benar-benar berwibawa haruslah dipilih. Itu adalah hak rakyat. Dan hak rakyat akan selamanya menjadi hak rakyat. Inikah apa yang mereka suka, maka inilah yang mereka akan pilih. Kalau tidak suka, makanya TUKAR! Tiada kata erti 'kita hilang kuasa jika'. Tapi haruslah diingat, mungkin mentaliti kita berbeza, pemikiran kita sendiri berbeza dalam memberi pendapat tentang manakah kerajaan yang baik, manakah yang tidak. Tapi dengan perbezaan ini, permusuhan seharusnya tidak patut wujud, tapi harmoni dalam berpendapat haruslah diwujudkan. Dengan itu, emosi tidak akan mencetekkan pemikiran minda yang jauh, kan?

Pilihanraya

Pilihanraya ini akan menjadi penentu. Aku rasa, tidak menghairankanlah, bahawasanya yang tertekan sebenarnya adalah rakyat. Merasakan diri mereka seperti 'di-opressed'  bukan lah sesuatu yang mengganjilkan kerana, sepanjang 5 tahun pengamatan diri, harga barang yang kian meningkat (walaupun globally), gaji minimum yang tidak parallel dengan kenaikan harga barang tersebut, pembahagian kontrak yang mementingkan kronisme, corruptions, dan sebagainya menjadi titik tolak kesedaran rakyat akan kepincangan yang berlaku. Lihat, aku tidak cuba menyebelahi mana-mana. Cuma it is all come down to this particular day that you will choose, it either; reformation or transformation which suits Malaysia more in this particular condition. Kedua-duanya ada kredibiliti tersendiri, tapi juga rakyat yang bijak juga mengenal erti bahagian mana yang lebih pros dari cons kan? Yang value pros and cons lebih besar antara satu sama lain.

Berikut saya sertakan link laman web untuk para pembaca sekalian, mengenai update pilihanraya hari ini.
http://www.505.my/

Akhir kata, hanya yang terbaik untuk Malaysia. Salah tetap salah, benar tetap benar. Jika ada apa-apa yang tidak dikehendaki berlaku, terimalah, redhalah.

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^