Saturday, February 23, 2013

Rumah baru

Assalamualaykum,

"Penatlah praktikal, balik-balik rumah je dah kena kemas. Jauh bangat pulak tuh" *tiba-tiba Indonesi
"Kenapa semua muka ketat aje ni? Tension ke? Stress sangat ke?"
"Aku pun stress jugak, tapi making muka ketat tak akan bawa any relieve to the stress. Instead, dia jugak akan inflict bad emotions on others, especially those who are close around you. And making that masam face, is not really going to solve anything. Plus, saying something at the back, is not really a not a good idea, especially when someone overheaard it". Cakap hati, nak aje diluahkan.
"Hahahaha, pondan, pondan, pondan (ajuk video terkenal oleh Faraday yang pakar bab-bab dubbing di Youtube) hahahaha. Doh, buka plastik tu, punggah semua tupperware tu, please". Environment ceria. Environment yang cuba hilangkan stress walaupun benak di hati masih ada penat, masih juga ada tekanan-tekanan baru. Tidak lagi termasuk yang dalam.

Ini antara satu hari yang agak memenatkan. "Bulan Februari akan jadi bulan yang paling worst sepanjang hidup aku. Banyak drama. Banyak tekanan. Rasa macam nak quit semua benda". Lebih kurang inilah benda yang aku tweet dalam social network Twitter tuh. "Bulan Februari bulan tarbiyyah". Pendek. Mencantas reply seorang perempuan di twitter. Tapi diendahkan dek kepenatan. Entah apa lagi nak difikirkan soal tarbiyyah tarbiyyah ini. Masalah besar di depan mata. Sudahlah serabut nak dapat rumah, nak pindah dengan barang yang cuma sedikit sahaja beza dengan barang hantaran nak masuk meminang anak perempuan raja, memanglah perkara seperti ini memberi tekanan yang amat besar, bagi seseorang yang lemah emosi. Macam aku. Ouh, dicantas disepak dilempang lagi oleh reply salah seorang anonymous yang dalam blog ini. Masih di dalam ruang cakup yang sama "tarbiyyah".

Tarbiyyah.

Tarbiyyah erti kesabaran. Barangkali ini bukan kali pertama aku dilanda perkara berat sebegini. Sudah banyak kali, malah di tempat yang jauh hubungan talian dari ibu dan bapa, cuma talian dari Dia sahaja yang ada. Talian dari Dia dan percaya ibu dan ayah di hati, di sisi. Maka, berdasarkan apa tarbiyyah yang lepas, situasi seperti ini tidak seharusnya menjadi gelabah. Satu-satu. Satu-satu. Prioritikan yang mana patut. Alhamdulillah, Rumah sudah selesai. Dekat lagi dengan rumah lama. Senang mahu pindah. Sungguhpun rumah itu rumah yang baru dibina (malah agak masih 10% under construction), tapi tempatnya sebenarnya agak scary. Jiran-jirannya pelik. Mereka tidak bercakap bahasa Russia. Rata-rata mereka hanya bercakap bahasa asing. Barangkali mereka orang Caucasians, barangkali mereka orang Gypsies (scaryyyyy). Yang pasti, aku kelihatan agak pessimist terhadap rumah itu. Masih tidak memberi high expectations. Ulitsa Capaeva, Kamskaya 41, alamat rumah aku.

Berkenaan situasi bermasam muka, aku rasa tak perlulah nak dibising-bisingkan. Apa yang perlu hanya kefahaman. Faham situasi mereka. Faham situasi dia sungguhpun kita masih mampu positif, mungkin bagi mereka ini juga satu tarbiyyah, yang agak berat, tapi iA sama-samalah harungi bersama.

Bismillah rumah baru.


4 comments:

  1. bersama kesulitan itu ada kemudahan.

    selamat menjalani kehidupan di rumah baru dan jiran2 baru yang 'baik2' :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iA thanks :) nnti sy update mengenai rumah baru :)

      Delete
  2. dah pindah ke?
    siap ngan peta bagai lagi.
    mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuuu...alhamdulillah dah pindah. hidup seminggu dah pun. saje kasi peta in case jadi pape, orang tau kat mana nak save ktorg ^.^. prezhduprezhdeniye :D

      Delete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^