Monday, February 18, 2013

Of 24 and more

Assalamualaikum wbt

Banyak benda sangat dah berlaku dalam masa yang sekejap. Banyak benda kalau yang ditulis dalam blog ini tentulah masalah aje semua. Banyak sampai yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Walaupun yang dikejar bagaimanapun tetap pasti ada yang tercicir. Masa singkat. Badan satu. Tangan dua. Otak satu. Jiwa kosong. Alasan.

Ini pun aku menaip semasa dalam kelas therapy. Bosan. Ada presentation. Lemah seperti buasa. Sudah nama presentation. Apa bezanya dengan lecture? *menguap*

"Dalam masa dua minggu kita kena cari rumah baru"
'Kenapa pulak tetiba kena cari rumah baru? Pada pada nak mengencing aku pun'
"Laaa...serius. Kita kena pindah dalam dua minggu. Tuan rumah dah jual rumah ni kat orang lain. Nak buat restoran katanya"

Tersentak aku. Bukan apa. Baru rasanya nak merasa senang. Mahu pergi Turki segalanya. Ditimpa pula dengan masalah rumah. Penat mengerah keringat ingin mencari rumah secepat yang mungkin. Sedihnya bukan sebab apa, kalau nak masuk asrama balik sudah pasti tidak dapat, sebab asrama dah penuh, penuh pula tetiba dengan ane ane dari India *sangat racist bunyinye*. Itu satu. Sudah lah gigi ini ada masalah, kena pula pergi ke stomatologiya atau dentist. Sini satu gigi tampalan sahaja kena 200 ringgit satu gigi. Berapa aku kena? Tuhan sahajalah yang tahu.

Duit habis. Entah ke mana perginya. Mungkin untuk survivality duit itu pergi. Mungkin duit itu habis untuk satu hikmah yang aku sendiri tak tahu apa ketentuan yang cuba dirancangNya. Taktahu, tapi yakin, pasti ada sesuatu yang baik musababnya.

Sukan. Kadang kadang rasa seronok bermain sebab kawan kawan. Main tidak sakit. Main boleh menyebabkan sakit. Straining. Badan tak cukup rehat, baik mental, baik fizikal. Semuanya terlampau ditekan. Seminggu 24 jam. Dan tiap-tiap petang itulah juga aku ada training. Tidak masuk praktikal sehingga 8 malam. Keluar 7 pagi, balik 8 malam. Keluar gelap, balik pun gelap.

Cetusan stress membuak. Sleep deprived. Accumulated tiredness.

Apa lagi yang diperlukan oleh seorang doctor?

1 comment:

  1. survival. Bersyukurlah sebab anda di sibukkan dengan benda yang berfaedah. bermanfaat apatah lagi untuk kebaikan orang sekeliling. penat.
    Rasul kita lagi penat. Malah ujian Baginda lagi berat daripada kita yang ujian cuma picis picisan kecil. Tapi yakinlah Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak mampu.
    ujian itu tarbiyyah. penguat hati mendekatkan diri padaNya . bila mana kita di uji hanya pada Dia kita sandarkan harapan. semua yang berlaku adalah yang terbaik untuk hambaNya. tinggal kita sahaja untuk belajar bersyukur.
    mujur diberikan tempoh 2 minggu untuk mencari rumah , bukan dihalau trus tanpa di beri sebarang notis. masih ada kebaikan di situ.

    "Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (HR Muslim).

    dan kerana Tuhanmu , bersabarlah.

    #semoga dipermudahkan Allah untuk mencari rumah sewa baru. insyaaAllah

    ReplyDelete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^