Assalamualaikum,
Lama dah kan balik Malaysia? Peh lagi lama aku tak update blog ni. Nampaknya kali ni aku rasa nak update. Sebab aku perlu dan patut dan wajib update.
Well, dah berlalu dekat 1 minggu duduk dekat Malaysia. Makan? Dah puas semua benda aku makan. Dari roti canai ke mcD ke capati ke KFC yang baru pun....dan nasi beriyani Kapitan, PERDA. Huh, macam-macam dah disumbat, dan sudah tentunya perut juga pasti tersumbat habis. Amaran: Jangan terkejut tengok badan aku balik nanti. Aku rasa, sesudah aku sampai Rusia nanti, aku mungkin aku didisqualifiedkan dari menyertai mana-mana pertandingan. Sebab? Badan dah gemuk tahap obesiti gila dah ni, dengan stamina segala bagai dah pancit wal habis. Huh. Susah susah.
Mungkin untuk satu minggi pertama aku akan cerita mengenai makanan. Dan shopping.
Untuk pengetahuan semua, aku dah beli dah Instax whatsoever tuh. Beli je, nak pakai sayang. Ye lah, film dia tuh mahal yang amat. So, simpan-simpan. Yang terpilih je aku rasa nak tangkap gambar. Tempat-tempat menarik ke. Kawan-kawan baik ke. Kalau ayng menggedik nak tangkap gambar, aku sepak haha (kecuali nak support aku beli lagi film, so no hal lah kan?). OK, bunyi sangat kedekut di situ. Kadang-kadang kedekut ni ada tempatnya. Kan?
Dan lain-lainnya benda aku dah shopping. Hehe. Tak perlulah aku mention di sini.
SAKIT
akibat nafsu makan yang terlampau membuak-buak, tendency untuk menolak segala teori makanan yang tidak sihat ketika belajar medik adalah sangat tinggi. Inilah yang dinamakan: ada ilmu, tapi tak amalkan *nah penumbuk*. Barangkali, ini disebabkan kegeraman akibat tidak dapat menikmati roti canai selama 10 bulan. Atau ayam goreng KFC, atau segala benda yang halal di sini, tapi haram di sana. Heh. jadi akibatnya, aku seringkali mengalami diarrhea, migraine yang terlampau, dan juga kelenguhan bilateral dekat upper extermities aku. Ditambah pula dengan tidak exercise, tendency untuk mengalami hyperlipidemia adalah tinggi, dan mungkin (teori aku) menyebabkan kelenguhan transient dekat aku punya tangan.
Meraung aku sepanjang perjalan dari KL ke Penang tau?!
BUKU
"Sedapnyaaa KFC Flaming Crispy yang baru niii....*sambil mencubit isi ayam goreng berempah tersebut*"
"Haaa, kann...diletak conrflakess...memang lah rangup..."
Adik aku, Huda Humaira tiba-tiba bercakap sesuatu yang sudah lama aku lupa:
"Apit, ada budak perempuan bagi buku dekat hang. Buku apa entah. Aku amek dekat pagaq sebelum pi sekolah arab. Pastu balik aku bagi dekat abah"
Aku terkejut.
"Abah ada simpan. Tak ingat pulak tu buku apa.."- kata abah.
Kemudian aku memberitahu siapa perempuan tersebut dan apa jasa yang telah dia lakukan pada aku. Dan apa kaitan buku tersebut antara aku dengan dia. Abah, mak mengangguk tanda paham siapa sebenarnya perempuan tersebut. Aku masih tidak tahu siapa nama perempuan itu. Aku yakin, itulah si "Anonymous".
SPONTAN
"Ohh, dia bakal cikgu? Belajar di Institut Perguruan eh?"- soal Mak.
"Ha (Ye), dia bakal cikgu, amek TESL, belajar dekat institut perguruan mana entah dekat KL, cik tak ingat sangat. Dah lama sangat lost contact. Tiba-tiba lost contact."
Aku mengerti sangat, mungkin 'lost contact' itu sebenarnya salah aku. Memang salah aku pun. Tak mampu nak isi atau melapangkan masa sepanjang tempoh pembelajaran Tahun Ketiga aku di universiti. Maaf.
"Hah, boleh lah mengurat dia...!"- kata Mak tiba-tiba. Haha tersentap aku yang sedang minum Tropicana Twister Blackcurrant. Haha. Entah apa-apa lah mak ni, dia sekadar seseorang yang mahu rapat dengan dengan aku untuk membantu menyelesaikan masalah dia. Walaupun, most of the time, dialah yang menyelesaikan masalah aku secara tidak langsung dengan falsafah-falsafah Hlovate dia. Uhum.
AKHIRNYA AKU KENAL!
Sesampainya aku di rumah, aku terus bertanyakan kepada ayah aku tentang buku yang dikirimkan tersebut. Wah, seperti sudah aku duga, ianya buku tulisan Hlovate yang digila-gilakannya. Haha, aku mengambil sneak peek beberapa muka surat. Agak terpening sedikit, sebab buku tersebut sepertinya tersalah printing. Ada sebilangan besar muka surat terbalik cetakannya. Tapi tidak mengapa, yang pasti orang tersebut ikhlas memberi dan aku dengan terbuka menerimanya. Senang hati.
Kepada cik NAR, mungkin nama awak tuh tidak seperti yang saya duga macam nama-nama tipikal orang Melayu, tapi di sini saya ingin ucapkan terima kasih berbanyak-banyak, dan saya aku bawa buku tu sampai ke Rusia dan cuba khatam membacanya supaya tidak menjadi seperti novel-novel yang lain (kecuali Murabbi Cinta) yang selalunya saya tidak habis membacanya. Oh, mungkin awak terguris hati membaca apa yang saya tulis itu hari, tetapi saya ingin memohon ampun dan maaf andai awak tersinggung hati kalau saya selalunya 1-2 bulan terlewat membalas mesej awak.
Terima kasih sekali lagi, terima kasih :)
PLAN SETERUSNYA
Kawan-kawan banyak yang sudah menjalani sesi summer practical mereka di hospital kegemaran masing-masing. Aku? Masih di sini. Makan tidur makan tidur. Tapi kenalah bersedia sedikit sebanyak kan? Teori dalam kepala ni macam dah hilang. Aduih. Sakitlah kepala guer!
Ok All the best peeps, assalamualaikum!

=)
ReplyDelete---, nar, anonymous
itu diaaaa...
ReplyDeleteokbye!