Ini merupakan satu cerita. Cerita lama di hati. Tapi malas nak diluah. Sebab semua sibuk dengan hati masing-masing, merebut syurga Illahi, tiada mata pada yang kotor di tepi, terus sahaja lupa duniawi terus saja pada ukhrawi bersama 'geng' satu kepala satu hati.
Mari sini. Baca rintihan hati seorang pendosa. Seorang yang hina dan seringkali anda buat tidak endah kerana anda anda semua begitu sibuk dengan jalan dakwah anda, bersama kawan anda-anda sahaja.
1. Seringkali aku melihat post/status panjang berjela/komen bersama rakan-rakan se'bulatan' anda. Mulanya aku teringin sekali mahu masuk bersama berbual, ingin menyatakan pandangan, berkongsi pendapat perihal agama. Akhirnya, aku terasa kecil, terasa asing. Sebab apa? Sebab seringkali anda menggunakan 'term'2 Arabic yang susah untuk difahami, khususnya orang luar seperti aku. Ye bahasa itu bahasa Islam, tapi, kenapa anda mengeksklusifkan term-term tersebut? Apa salah aku yang tidak tahu perkataan Arab dan akhirnya menjadi satu benteng untuk aku memahami?
Mengapa tidak menggunakan bahasa yang kami semua fahami? Seperti tsabat jadi tabah, istiqamah menjadi constant effort, ukhuwah menjadi persahabatan. Sempitnya, aku mungkin mengatakan anda semua cool in your own special islamic way, but, in a neutral way, aku terasa kecil seban aku ni bodoh. Dakwah bermula dengan kefahaman, kami mahu kefahaman, bukan satu benda yang asing!
Mengapa anda semua menutur ana-anta, apa bezanya antara saya-awak atau aku-kau? Mahu dilainkan lagi, ganti nama itu hanyalah digunakan bersama rakan 'seperjuangan' anda saja. Apa kami rasa? Terasing. Bukan kami tidak mahu bersama orang baik, tapi kami rasa kami begitu lain dengan 'orang baik', begitu asing! Hakikatnya dakwah mahu mendekatkan, tapi sayang, kalian asingkan sahaja. Dari jauh terasa asing, apatah lagi bila mahu didekati.
Aku bukan Melayu yang mengeksklusifkan term, tetapi, aku Melayu yang faham Bahasa Melayu, tutur bahasa Melayu dan Islam itu sifatnya dekat, dan mudah difahami dengan dekatnya ia, tapi? *mengeluh*. Memang term anda fancy dengan Islamiknya, tapi, sebab fancy itu juga, Islam tidak akan pernah dekat. Sebagai contoh situasi seperti ini:
*Ali sedang bersembang dengan sahabat UF nya, Abu, sambil diperhatikan dan cubaan untuk 'fit in' oleh si Aman*
Ali: Ana beruntung dapat berukhuwwah dengan anta. Cinta kita lillah hi taala! Ana harap anta sentiasa tsabat dalam bidang dakwah tarbiah anta!
Abu: Insya-Allah! Asif, ana tidak lah perfect mana tapi ana mencuba menjadi lebih utuh dalam perjuangan jihad ini.
Aman: urm..sori, apa hampa cakap eh? (Atauuuu...) *terasa macam alienated dan jahil, maka belah*
Barangkali lebih bagus jika anda menggunakan sahaja term bahasa Melayu. Lebih mudah difahami. Semua orang faham. Tak susah. Tak terasa aku ni jahil!
Ibarat anda bercakap mengenai term medic di hadapan seorang petani. Apa dia rasa? Ya, dia rasa dia bodoh! Walhal anda bisa sahaja menerangkan dalam bahasa yang lebih mudah difahami!
2. Nasihat menasihati. Amalan mulia. Tapi taklah mulia mana bila anda menjadi seorang yang 'selective'. Nasihat hanya pada kelompok-kelompok anda. Nasihat hanya golongan target anda (yang eventually sangat obvious, dan menyebabkan mereka terasa lebih teruk). Nasihat yang kononnya menegur tapi lebih menjatuhkan. Nasihat yang tidak diselitkan unsur kefahaman, tapi unsur arahan! Hati perlu faham apa dan mengapa satu satu perkara itu salah, bukan disuruh hafal buta-buta perkara betul salah! Sebab itu yang salah tetap laku salah, yang betul membuta tuli sahaja akhirnya pada penyalah! Aku bukan menyalahkan tapi aku ingin sekali orang menyentuh hati aku dengan kefahaman tentang apa dan MENGAPA ianya salah. Sayang, semua pandai mengarah, tapi bila ditanya, bila diletakkan POV si pensalah, dia tolak dengan alasan 'Salah sebab Allah kata salah!'
Ada sebab kenapa Allah kata salah. Bukan suka-suka Dia kata salah. Aku nak tahu kenapa.
3. "Perubahan itu bermulanya dari hati! Kalau dia mahu berubah, hatinya katakan ya, makanya dia akan berubah! Tidak perlu disuruh, tidak perlu didekati!". Kata mereka. Terngiang. Nak dilawan, iyelah, aku ni jahil. Tak perlulah tunjuk jahil sangat. Banyak pula nanti sifat jahiliyyah aku. Hah. Kalau tunggu hati nak berubah sahaja, gamaknya Islam dari dulu terkubur tak sempat jadi bahan artifak pun. Iyelah, zaman Nabi Muhammad SAW saja, nabi yang ikhlas datang mendekati manusia. Sifatnya yang tidak putus asa, sungguh ajarannya berbeza (bukan pendekatan, bukan bahasa pelik-pelik) tapi sheer spirit baginda itu membawa perubahan pada persada dunia Islam kini. Gamaknya zaman dulu, kala Nabi Muhammad masih belum siapa-siapa, bagaimana dia mahu berubah kalau tidak ada sebarang guidance?
Dengarlah! Pandanglah!
4. "Jadi, in order to blend in dengan korang, aku ni perlu jadi macam korang? Pencarut, kaki tinggal sembahyang, tudung aku harus pendek?"
Bagi seseorang penampilan itu memang menjadi punca pengasingan. Tetapi, penampilan bukanlah segalanya. Dont judge book by its cover. Labuh tak semestinya baik, pendek tidak semestinya jahil. Begitulah juga bagi anda. Tidak ada kisahnya apa yang anda pakai. Blending in is mostly about communicating. No matter what you wear, if you communicate in a different language, theres no point of getting near. Macam ke negara orang orang lain. Lantaklah kau mahu pakai pakaian punjabi berkepala ular macam Medussa pun, tapi kalau kau tidak pandai berkomunikasi, macam ayam dengan itiklah jadinya. Seekor mengokok, seekor mengekuek-kuek (taktau perkatan apa).
Pendosa membuat dosa. Terus atau tidak. Mahu atau tidak mahu berubah.
Anda juga menjadi salah satu faktor.
Tolong sama.
rupa di luar tu hanya si kulit yang memberi makna. Nilai diri, dalam tu yang mau kira.
ReplyDeletekesempurnaan orang lain menyempurnakan kekurangan diri kita. sebab takkan ada manusia yang sempurna dan tau segala benda. sebab tu manusia saling perlukan manusia untuk terus tegak berdiri kalau nak terus hidup di dunia. macam dalam susunan batu-bata.
~hlovate