Saturday, October 5, 2013

Keluar

Sunyi. Bising. Antonim. 
Sedih. Gembira. Antonim.
Malas. Rajin. Antonim. 
Gerak. Henti. Antonim. 

Apakah yang begitu sinonim itu ada mungkin jadi antonim.
Antonimkah hidup dan mati jika maknanya sama aja?
Antonimkah seorang dan bersama jika realitinya derita?
Antonim, tapi sinonim.

Mungkinkah ada jalan keluar dari dilemma berterusan ini?

Keluar.


Assalamualaikum wbt.

Hari ni setelah sekian lama tidak mendapat 'life' aku, aku dapat keluar di tengah-tengah malam bersama housemates lama aku, Suffian dan Husaini. Tidak buat banyak benda, sesudah selesai training, balik solat, terus bersiap keluar tengok wayang, cerita The Insidious 2. Konfem femes cerita ini, sungguh aku tak pernah pun tonton Insidious 1. Ouh, btw aku masih tak mandi, haha. 

Boleh dikatakan agak lama keluar, dengan disambungnya 'program' malam ini dengan late supper di Subway. Nafsu makan memanglah 24 jam tak akan kurang. Tadi baru aje perut hadam pizza. Gamaknya, berdendam dengan perut tadi yang berbunyi kuat di dalam kelas berkali-kali. Naik malu aku dibuatnya.

Gosip.

Tajuk gossip sememangnya tidak akan lari dari topik masyarakat Volgo, dan absurdity yang terserlah sejak sekian lama. Gladly, sekarang kelihatannya semakin better. Dibincangnya pula soal MSA election yang bakal diadakan pada hujung bulan ini. Cari calon. Nah, susah! Siapa aja yang mampu menggantikan tempat seorang pemimpin sekarang? Soal calon presiden bukanlah soal yang boleh dibuat main. Sebab calon presiden di sini bukanlah soal presiden yang 'aku akan jadi famous', 'aku akan dapat gaji upah', 'aku akan berbelanja sakan bersama admin universiti dan para dato-dato sekalian'. Tidak! Soalnya, siapakah sebenarnya bakal menjadi 'kuli tak berupah' bagi para masyarakat Volgo sekarang ini, yang mungkin sepaling banyak bayaran yang akan diberi hanyalah bayaran pahala sahaja. 

Sincerely, tak ada orang. Entah pandai-pandailah anda pilih. Jangan rasis, jangan gila ektremis. Apa yang diperlukan hanyalah seseorang yang mampu membuat kerja.

Ironinya, semenjak dari dahulu lagi, sentimen kaum dan agama seringkali dimainkan. Jangan cuba nak deny. Entah apa bengapnya tiba-tiba ketika pilihanraya di Malaysia, semua orang bersatu kononnya 1Malaysia, hakikatnya di sini, rasis bagai nak rak. Apa hilang sudah relevan? Entah.

Bab kahwin.

Nampak gayanya, alhamdulillah dapat juga aku merasai perkahwinan. Lama juga aku tunggu. Dah dua tahun aku mengurus badan. Eh. Bukan aku yang akan kahwin, obviously. Balik nanti merasa juga aku nasi minyak member-member aku. Ada lah 2-3 member akan kahwin. Awal memanglah awal, tapi lama-lama pun buat apa ye tak? Tiga-tiga kepala sudah sekata, matang macam orang umur 40-an, bukan macam aku, apa segalanya 'jammed', jadi, lebih daripada layaklah nak menikah. Sila-sila. Aku tak balik Malaysia hari tu, kira berbaloilah member dekat-dekat nak menikah ni haha. Boleh travel ke serata negeri. 

Dah la, banyak-banyak tulis buat apa. 4.30 pagi, burung hantu pun terhangguk-hangguk. 

Tidur. 

Salam.

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^