Lagi sekali. Entah aku pun susah nak faham. Macam mana orang Melayu sendiri tak faham bahasa Melayu. Post aku di dalam Muslimin Volgograd telah disalahfahamkan.
Dakwaan palsu:
1. Barisan MSA yang sekarang ini mempunyai ketirisan, tidak cekap, tidak berwibawa dan banyak kelemahan.
2. Melantik aku menjadi presiden kerana aku lebih arif mengenai kelemahan MSA yang ada sekarang. Dalam bahasa yang lebih baiknya lah. Dalam bahasa-kutuk-belakangnya, aku ni pandai cakap aje, suruh buatnya tidak.
Macam aku bodoh orang itu siapa. Entah dibahagian manalah dalam pos aku yang orang baca macam itu, entah. Otak manusia ni fikirannya lain-lain, tapi kalau meraban macam ni, susahlah.
Wahai mamat-mamat, minah-minah yangbiA otak anda mampu berfungsi, simply, dalam pos aku itu ada dua benda yang aku mahu utarakan:
1. Carilah bakal presiden yang buat kerja. Yang current sekarang buat kerja 200% so the next, kenalah 200% atau lebih kerjanya. Bukan presiden sekarang pemalas, faham?
Dan undilah calon tanpa perlu kira agama atau bangsa. Asalkan dia buat kerja. Asalkan dia mampu bernada tinggi sama itu Spasov, terbelalah nasib kita. Faham? Bukan presiden sekarang kecut muka depan Spasov, malah, dialah paling lantang berbanding dengan presiden-presiden sebelum ini. Cuma, nak ganti dia, haruslah ada ciri-ciri seperti dia. Susah sangat nak faham?
2. Kepada yang selalunya menjadi tukang complain sebelum2 ini, yang tekad berkata MSA sekarang slow, buat kerja mundur, tak efisien, program yang dianjurkan mempunyai unsur hedonism dsbnya, inilah masa anda untuk join the work force, rasa sendiri dalam kasut nak buat kerja macam mana. Jangan complain sahaja, bila diberi peluang untuk mengetengahkan 'cadangan-baik-tapi-sekadar-bising-belakang' itu, haram tak panggung hidung anda. Apakes?
2 simple points; itu pun susah nak faham?
Pfttt!
No comments:
Post a Comment
Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^