Thursday, September 26, 2013

Selepas hujan.

Selepas hujan selalunya ada pelangi,
Pelangi selalunya indah belaka,
Peliklah kalau siapa tak suka akan warna warni,
Tapi, selepas pelangi apa ya?

Realiti.

Terik mentari kembali.
Panas tak bersemi.
Mulalah merungut peluh ketiak dahi. (Euw)
Mula sedar realiti kehidupan sendiri.

Dinihari dugaan mendatang lagi.
Entah apa bala turun mahu menguji.
Tapi susah senang, satu pasti perlu di hati.
Yakin ini semua ketentuan Ilahi.

Memanglah sedap dalam zon selamat.
Fikir masalah belajar, endah saja yang lain.
Makna hidup pasti dalam hikmah tersirat.
Pasti hikmah ini sesuatu yang besar mungkin?

Sudahlah puitis ayat tak berseni.
Luahan berlapik rasanya berbaloi lagi tulis di sini.
Biar orang tidak faham, biar orang tak peduli,
Supaya suatu hari nanti, pengalaman ini sesuatu bermakna di benak hati.

Seorang doktor.
Masih belajar.
Tak layak untuk siapa saja kerna diri ini terlalu rendah untuk merasa 'up' 1 anak tangga.
Masih belajar.
Telan buku bukan utama, tentang hidup yang tiada ngerti ertinya.

al Insyirah 5-6.

:)

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^