Malam ini cerdas sungguh otak aku. Otak kanan begitu ligat berputar di hadapan ruangan program photoshop PS4 aku. Buat poster untuk Liga Futsal yang bakal dilangsungkan pada hari Ahad nanti, yakni lusa.
Entah mengapa malam ini suasananya begitu dingin. Tiba-tiba juga gigi sakit tidak semena-mena. Ambil Analgin (pain killer), kuranglah sikit. Mau tak tidur juga akibat sakit ni.
Siang tadi hujan bukan main lebat. Malam angin berpukul-pukulan, marah entah pada siapa, segala isi diamuknya: pokok, tingkap, pintu, ampaian, segalanya! Bisingnya pun boleh tahan juga, bersiulan kasar bak wheezing pesakit asma. Ouh, bukan itu saja, auranya juga terasa benar. Tapak tangan yang erat mengawal tetikus komputer entah sudah kali ke berapa diletakkan di bawak laptop (sebab laptop cepat panas, dan suhunya boleh tahan boleh goreng telur mata kerbau juga). Tapak kaki pula tidak bersarung stoken. Tak mahu guna banyak stoken, sebab air tak ada 2 hari, jadi, dobi pun tak adalah. Lumrah kehidupan asrama. Lumrah kehidupan di Rusia.
Tak akan pernah lekang dengan cabaran aneh-aneh seperti ini. Sungguhpun begitu, ini bukan bermaksud cabaran ini lebih besar atau kecil dari pelajar di tempat lain, semuanya sama juga. Sebab dugaan itu cirinya adequate, tak pernah lebih, tak pernah kurang. Semuanya bersesuaian.
Indah juga kalau hidup ni jadi apa sahaja kita mahu.
Tapi mustahillah perkara sebegitu akan berlaku.
Pilihan hidup simpang bercabang seribu.
Pilihlah mana satu pun, salahnya tak akan tentu.
:)
No comments:
Post a Comment
Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^