"First time aku khatam Quran waktu bulan puasa. " Rendah Fend menutur. Matanya ditala ke langit Kuala Perlis yang hitam pekat. Sekilas Chad memandangnya sebelum dia mengukir senyum nipis segaris. "Aku pun. " Dia turut sama mendongakkan kepala menengadah langit. "First time jugak seumur hidup aku baca buku hadis. " Fend menarik nafas panjang. Khatam Hadith 40 Imam Nawawi,alhamdulillah. Chad turut mengangguk. "Dapat hafal balik surah-surah yang dah lama lupa... . . " Chad angguk lagi. "Betul-betul rebut peluang sepuluh malam terakhir... . . " "Sweet,kan?" Chad senyum sendiri. Fend pula mengangguk. "Pat on the back,man. " Ujar Chad kemudian. "Thanks,though. " Fend berpaling pada Chad. "Sebab heret aku ke Australia dengan idea giga kau tu. " Bibirnya mengukir sengih. Memang betul la kata orang. dengan berjalan dan bermusafir tu memang banyak sangat benda yang boleh kita belajar. Belajar daripada kawasan dan persekitaran,belajar dari orang yang dijumpai sepanjang permusafiran,belajar daripada ujian sepanjang perjalanan,belajar daripada orang yang menemankan. Sekarang baru faham erti hidup. Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira. Hidup itu untuk akhirat. Living here for the hereafter. Permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa pada kesesatan. Begin with the ending in mind,pernah Imam Zakariyya sebut dulu. Sketchbook A5 tu pun kini dan penuh dengan contengan yang bermacam. Dari pengalaman yang dikutipnya sepanjang perjalanan. Contengan jalanan. Sungguhlah,apa sahaja yang berlaku dalam hidup ni memang ketentuan. Hidayah dan petunjuk tu sendiri pula,memang hanya Allah yang boleh bagi sebab hanya dialah yang memegang hati. K² dan Pa'an pun pernah pergi Australia. Diorang pun banyak juga belajar benda baru dengan pengalaman sepanjang kat sana. Dia dan Chad pun ke Australia. Dan banyak juga belajar benda baru dengan pengalaman yang berbeza pula. Ketentuan. "The 11th hour. " Chad menutur rendah. "Hmm?" Fend berpaling. "The 11th hour. " Chad mengulang. "The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. " Dia mengukir senyum ke tengah langit. "Aku rasa bersyukur kot sebab tersedar on the 10th. " Dia ketawa. "Tu pun dah masuk waktu kecederaan tu. " Fend ketawa kecil. "Nasib baik tersedar pukul 10. Kalau tersedar pukul 11. 01,makan asap la. " "Aku rindu pulak tiba-tiba dengan suasana kat sana. " Fend hanya mengangguk mendengar kata-kata Chad tu. Faham. Kerana dia sendiri merasainya. "Tidur sini malam ni?" Chad bertanya tiba-tiba. Fend angkat kening. Pelik. "Kita tidur sini sama-sama la malam ni. Aku rindu zaman budak-budak. " Chad senyum segaris. "Kita berdua je pun bujang yang tinggal. " Fend sengih sambil angguk. Sepi seketika. "Harapnya Ramadhan tahun ni dapat la buat saham nak masuk syurga. " Rendah perlahan suara Chad menuturkan. "Ameen. " "Ramadhan dah habis. " Chad mengulang sekali lagi dengan pandangan ditala ke langit Syawal. "I miss it already. " Dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu [an-Najm : 42]
"Ramadhan dah habis. " Sekilas Fend memandang Chad di sebelah. Mereka duduk bersebelahan di atas anak tangga rumah Tok. Jam dah hampir menjejak pukul 11 malam. Tadi dia dan Chad ikut jemaah dari surau buat takbir dari rumah ke rumah lepas pengumuman raya kata sah esok raya. Ni baru habis. Perut dah nak meletup rasanya kena sumbat dengan hidangan dari tuan-tuan rumah. Alhamdulillah,rezeki. Budak-budak yang tadi riuh memeriahkan malam main bungan api dah lama dihambat ibu masing-masing,disuruh tidur. Esok nak raya!Tapi dentuman meriam buluh dan meriam tanah masih tak berhenti dari hujung Kampung Tebing Tinggi,bersahut-sahutan disambut dengan serangan balas dari kampung-kampung bersebelahan. Chad senyum sendiri. Teringat pula masa zaman-zaman muda remaja dulu. Dia,Aidid,Fend,K² dan angkatan adik-beradik lelaki yang umur hampir sebaya memang kira antara salah satu kontinjen team meriam buluh tersohor Kampung Tebing Tinggi. Jangan kata meriam buluh dengan meriam tanah,meriam paip besi pun diorang pernah terjah. Zaman-zaman tengah akal pendek. Nasib baik tak ada yang hilang nyawa atau kaki dan tangan. Kalau tak mau jadi macam Johnny dalam Johnny Got His Gun tu. Percuma je jadi inspirasi One-Metallica versi Melayu. "Aku rasa Ramadhan tahun ni yang paling meaningful kot. " Chad menambah lagi. Matanya tak dialih dari api pelita yang menerangi laman rumah. Fend hanya mengangguk. Tanda dia juga merasakan benda yang sama. Memang betul pun. Dalam tempoh 21 tahun dia hidup,rasanya Ramadhan tahun ni yang betul-betul membawa makna. Makna madrasah Ramadhan yang sebenar. Makna diri sendiri yang sebenar. Makna untuk memaknakan hidup yang sebenar. Ramadhan sebenarnya macam kursus intensif. Dan hasil kursus tu kena la dibawa ke dalam kehidupan habis kursus tu jugak,sementara nak menunggu kursus yang seterusnya tahun depan. "Kalau dah tanggung,kena jawab. Tu namanya tanggungjawab. " Bibir mengukir senyum di bawah sedar bila teringatkan semula sembangnya dengan Akmal di Masjid Punchbowl dulu. Sungguhlah. Segalanya kembali kepada benda asas. Tanggungjawab. Tak kisah la status diri tu sebagai apa. Selagi masih bernama manusia,maknanya secara automatik memang dah ada tanggungjawab yang tergalas di bahu. " Narrated 'Abdullah bin 'Umar: Allah's Apostle said, "Surely! Everyone of you is a guardian and is responsible for his charges: The Imam (ruler) of the people is a guardian and is responsible for his subjects; a man is the guardian of his family (household) and is responsible for his subjects; a woman is the guardian of her husband's home and of his children and is responsible for them; and the slave of a man is a guardian of his master's property and is responsible for it. Surely, every one of you is a guardian and responsible for his charges. From Sahih Bukhari" Terasa terdengar-dengar suara Imam Zakariyya menyampaikan tazkirah.
"First time aku khatam Quran waktu bulan puasa. " Rendah Fend menutur. Matanya ditala ke langit Kuala Perlis yang hitam pekat.
ReplyDeleteSekilas Chad memandangnya sebelum dia mengukir senyum nipis segaris. "Aku pun. " Dia turut sama mendongakkan kepala menengadah langit.
"First time jugak seumur hidup aku baca buku hadis. " Fend menarik nafas panjang. Khatam Hadith 40 Imam Nawawi,alhamdulillah.
Chad turut mengangguk.
"Dapat hafal balik surah-surah yang dah lama lupa... . . "
Chad angguk lagi.
"Betul-betul rebut peluang sepuluh malam terakhir... . . "
"Sweet,kan?" Chad senyum sendiri.
Fend pula mengangguk.
"Pat on the back,man. " Ujar Chad kemudian.
"Thanks,though. " Fend berpaling pada Chad. "Sebab heret aku ke Australia dengan idea giga kau tu. " Bibirnya mengukir sengih.
Memang betul la kata orang. dengan berjalan dan bermusafir tu memang banyak sangat benda yang boleh kita belajar. Belajar daripada kawasan dan persekitaran,belajar dari orang yang dijumpai sepanjang permusafiran,belajar daripada ujian sepanjang perjalanan,belajar daripada orang yang menemankan.
Sekarang baru faham erti hidup. Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira.
Hidup itu untuk akhirat.
Living here for the hereafter.
Permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa pada kesesatan. Begin with the ending in mind,pernah Imam Zakariyya sebut dulu.
Sketchbook A5 tu pun kini dan penuh dengan contengan yang bermacam. Dari pengalaman yang dikutipnya sepanjang perjalanan.
Contengan jalanan.
Sungguhlah,apa sahaja yang berlaku dalam hidup ni memang ketentuan. Hidayah dan petunjuk tu sendiri pula,memang hanya Allah yang boleh bagi sebab hanya dialah yang memegang hati.
K² dan Pa'an pun pernah pergi Australia. Diorang pun banyak juga belajar benda baru dengan pengalaman sepanjang kat sana. Dia dan Chad pun ke Australia. Dan banyak juga belajar benda baru dengan pengalaman yang berbeza pula.
Ketentuan.
"The 11th hour. " Chad menutur rendah.
"Hmm?" Fend berpaling.
"The 11th hour. " Chad mengulang. "The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. " Dia mengukir senyum ke tengah langit. "Aku rasa bersyukur kot sebab tersedar on the 10th. " Dia ketawa. "Tu pun dah masuk waktu kecederaan tu. "
Fend ketawa kecil. "Nasib baik tersedar pukul 10. Kalau tersedar pukul 11. 01,makan asap la. "
"Aku rindu pulak tiba-tiba dengan suasana kat sana. "
Fend hanya mengangguk mendengar kata-kata Chad tu. Faham. Kerana dia sendiri merasainya.
"Tidur sini malam ni?" Chad bertanya tiba-tiba.
Fend angkat kening. Pelik.
"Kita tidur sini sama-sama la malam ni. Aku rindu zaman budak-budak. " Chad senyum segaris. "Kita berdua je pun bujang yang tinggal. "
Fend sengih sambil angguk.
Sepi seketika.
"Harapnya Ramadhan tahun ni dapat la buat saham nak masuk syurga. " Rendah perlahan suara Chad menuturkan.
"Ameen. "
"Ramadhan dah habis. " Chad mengulang sekali lagi dengan pandangan ditala ke langit Syawal.
"I miss it already. "
Dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu [an-Najm : 42]
"Ramadhan dah habis. "
ReplyDeleteSekilas Fend memandang Chad di sebelah. Mereka duduk bersebelahan di atas anak tangga rumah Tok. Jam dah hampir menjejak pukul 11 malam. Tadi dia dan Chad ikut jemaah dari surau buat takbir dari rumah ke rumah lepas pengumuman raya kata sah esok raya. Ni baru habis. Perut dah nak meletup rasanya kena sumbat dengan hidangan dari tuan-tuan rumah. Alhamdulillah,rezeki.
Budak-budak yang tadi riuh memeriahkan malam main bungan api dah lama dihambat ibu masing-masing,disuruh tidur. Esok nak raya!Tapi dentuman meriam buluh dan meriam tanah masih tak berhenti dari hujung Kampung Tebing Tinggi,bersahut-sahutan disambut dengan serangan balas dari kampung-kampung bersebelahan.
Chad senyum sendiri. Teringat pula masa zaman-zaman muda remaja dulu. Dia,Aidid,Fend,K² dan angkatan adik-beradik lelaki yang umur hampir sebaya memang kira antara salah satu kontinjen team meriam buluh tersohor Kampung Tebing Tinggi. Jangan kata meriam buluh dengan meriam tanah,meriam paip besi pun diorang pernah terjah. Zaman-zaman tengah akal pendek. Nasib baik tak ada yang hilang nyawa atau kaki dan tangan. Kalau tak mau jadi macam Johnny dalam Johnny Got His Gun tu. Percuma je jadi inspirasi One-Metallica versi Melayu.
"Aku rasa Ramadhan tahun ni yang paling meaningful kot. " Chad menambah lagi. Matanya tak dialih dari api pelita yang menerangi laman rumah.
Fend hanya mengangguk. Tanda dia juga merasakan benda yang sama. Memang betul pun. Dalam tempoh 21 tahun dia hidup,rasanya Ramadhan tahun ni yang betul-betul membawa makna.
Makna madrasah Ramadhan yang sebenar. Makna diri sendiri yang sebenar. Makna untuk memaknakan hidup yang sebenar. Ramadhan sebenarnya macam kursus intensif. Dan hasil kursus tu kena la dibawa ke dalam kehidupan habis kursus tu jugak,sementara nak menunggu kursus yang seterusnya tahun depan.
"Kalau dah tanggung,kena jawab. Tu namanya tanggungjawab. "
Bibir mengukir senyum di bawah sedar bila teringatkan semula sembangnya dengan Akmal di Masjid Punchbowl dulu.
Sungguhlah. Segalanya kembali kepada benda asas. Tanggungjawab. Tak kisah la status diri tu sebagai apa. Selagi masih bernama manusia,maknanya secara automatik memang dah ada tanggungjawab yang tergalas di bahu.
" Narrated 'Abdullah bin 'Umar: Allah's Apostle said, "Surely! Everyone of you is a guardian and is responsible for his charges: The Imam (ruler) of the people is a guardian and is responsible for his subjects; a man is the guardian of his family (household) and is responsible for his subjects; a woman is the guardian of her husband's home and of his children and is responsible for them; and the slave of a man is a guardian of his master's property and is responsible for it. Surely, every one of you is a guardian and responsible for his charges. From Sahih Bukhari"
Terasa terdengar-dengar suara Imam Zakariyya menyampaikan tazkirah.
*patutnya komen yang nombor dua tu yang bahagian atas...anyway eid mubarak
ReplyDelete