Tuesday, December 4, 2012

Menjawab persoalan jiwa

Hentak jiwa.
Hentak hati.
Hentak akal.

barangkali tersentak dari mimpi,
jauh lamunan dibawa pergi,
tempat entah tiada bertepi,
tiada siapa cuma kosong dan sepi. 

berapa kali entah hati ini cuba dibuka,
keras tiada kendur,
dicairkan pula dengan api bara,
keras tiada lebur. 

apa yang benar-benar kau mahukan wahai hati?
dicari segala jawapan, biar material, biar 'peneman' sisi.
apakah kau puas wahai hati?
tidak, memang itu bukan makanan rohani.

apa yang benar-benar kau mahukan wahai hati?
jika bukan kemewahan yang kau ingin nikmati,
jika bukan keseronokan yang kau ingini,
jika bukan kepandaian yang kau ingin capai, 
jika bukan gajet-gajet yang kau ingin punyai,
apa?

bercakap soal hati memang mudah. bercakap bagaimana hati itu bisa ditenangkan memang mudah. tapi mencapainya bukanlah sesuatu yang mudah kerna yang ingin mencapai itu bukanlah sesuatu yang bermula dengan mulut. mudah berkata, tapi tiada apa akan terjadi. seharusnya ia tetap bermula dari hati itu sendiri. mahu atau tidak, hati itu menjawab sendiri. rasional memang berlandaskan akal, tapi rasional sendiri bisa dipatahkan dengan mudahnya oleh hati.

hebat kuasa hati sehingga hadith pertama pun bercakap soal niat. niat mulanya di mana? hati. 

ok cukuplah kot adegan-adegan ni. 

so let me update few things about what is happening around here, to me or whatever I wanna tell *ada orang kesah?*. Ok, first of all, sekarang tengah cycle hygiene. cycle yang paling boring sepanjang sejarah alam sebab kena belajar benda yang entah apa-apa lah jugak. ada orang cakap subjek ni penting bla-bla, tapi terus terang, aku kalau hati berat jeeeee nak belajar, serious susah aku nak bagi all out like 100% untuk subjek tuh. banyak dah subjek jadi mangsa. matematik, sejarah, entah apa lagi lah subjek merepek yang not medically related. tapi hygiene agak medically related, tapi entah, kalau dah tak minat tuh, ketuk 2000 kali pun susah jugak nak minat. hygiene ni bukan setakat jaga kebersihan je ye, entah sampai ke syarat-syarat nak bina hospital pun aku kena belajar *like whaaaaaaaatt?*. tapi kalau untuk neurology hari tuh, cikgu tuh agak dahsyat, nama dia Valentina, mengajar semua dalam bahasa Rusia, tak lebih sepuluh perkataan English dia pakai dalam satu kelas, serious tak tipu. Tapi, entah miracle dekat mana, apa yang dia ajar semuanya lekat dekat otak ni. Pelik kan? Subjek tak minat, ajar bahasa Rusia, tapi lekat?

and it turned out that subject yang aku memang nak all out, bagi aku all & out, eventually. endocrinology and O&G. harap therapy bukan cikgu yang sama. itulah dugaan belajar di rusia. kena cikgu yang ok, banyaklah kau belajar, kena cikgu yang agak K.O, jangan nak pasghah tak bertempat. kalau kau minat subjek tuh, kenalah study jugak. which is what I did. sungguh cikgu agak mengecewakan, like pergi and balik kelas sama je dekat kepala. kosong kosong *lagu najwa latiff*. tapi, mujurlah tak kosong sepenuhnya. apa yang distay (?) up malam tuh segar bugar dalam kepala. walaupun tak 100% ilmu itu diserapkan, tapi at least and at leastttt, ada lah jugak input, so that tak rugi dikemudian hari, ye dok?

apa lagi ye. 

ah, entah sejak bila aku ni boleh berlakon atas pentas aku sendiri pun tak tau. jujur. bukan sebab apa, dulu aku memang ada stage nervous, tapi entah sekarang comfortable je atas tuh. yang masalahnya cuma boleh jadi awkward. tapi entah berlakon bab-bab bahan orang memang lah aku pandai. cer berlakon jadi macam Aeron Aziz ke atas tuh, mau termuntah orang tengok aku. tapi lakonan hari tuh, entah agak tak matang (aku memang tak matang lagi pun ehehh..proven dalam experiment hygiene with level moderate). lol pengalaman aku sebelum sebelum ni dikira tak cukup mematangkan aku lagi ke?

urm apa lagi. 

ok lagi sebulan dah nak exam. ini masalah utama sudah la macha. mau ke taknye, sem ni aku sendiri rasa lapang bagai nak gilaaaaa sampai aku boleh buat benda-benda yang aku tak boleh buat dulu (malas nak gitau, jangan risau berfaedah heh). bila rasa lapang sangat ni, mulalah aku rasa intellectual level aku macam dah semakin rendah. sebab jarang stress-stress dengan study (stress dengan jiwa lagi banyak waduh apa lagha banget ni), jarang uji otak dengan fakta-fakta medik (harap-harap next cycle therapy konfem otak aku jalan like formula 1), jarang stay dekat library (ni agak teruk sebab, it indicates yang aku semakin jarang buat nota), jarang segalanya berkaitan akademik. tau lah janji tak nak score pun kan, tapi takdelah sampai otak sclerosis gini kan, kang jadi doctor apa otak beku macam ni heh. 

ok ada hot dog nak kena goreng. kbye.

p/s: to you, thanks for brightening my day. u surely made a lot of difference since that day. may Allah bless you for helping me out. you dont have to know, because its something you wont be able to notice. thanks again :)
pp/s: takde sape pun tau sape 'you' tu. tak payah nak cari. 
pp/s: blog ini akan selalu diupdate dengan ayat al-Quran yang aku tengah study. so, post macam kali ni akan berlaku agak jarang, compared to that verses of Al-Quran. Heh beb, kate nak kenal al-Quran, kenalah paham segala tafsir. cuba fahami dan selami al-Quran. tapi yang mana yat yang dihafal tuh lagi senang nak ingat maksud. tapi nak hafaz tak banyak surah, surah biasa-biasa. otak bisa diasah dengan hafazan, tau kan? alah, aku bukan apa, serba salah jadinya. bahasa rusia kau boleh hafal dalam 2 jam satu rasskaz, takkan otak anugerak Allah ni tak mampu nak hafal walau 5 ayat dari Quran walau seminggu pun kan? tak ke pelik di situ? ^_^

"Prayer is not asking. It is a longing of the soul. It is daily admission of one's weakness. It is better in prayer to have a heart without words than words without a heart"-Mahatma Gandhi


1 comment:

  1. wajiblah belajar macam mana nak bina hospital else nnt u would not know why is the lighting in the hospital is as such. why is the ventilation is as such. macam let's say untuk wad TB kena make sure ada good sun exposure and ventilation because Mycobacterium tuberculosis die after 6hrs of sun exposure.nnt bila kena posting district hospital or KK, you need all this basic knowledge to cope with the management of the place since u would be the one in charge.we learn it in primary care.

    ReplyDelete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^