Monday, December 3, 2012

Cantik anterior buruk posterior.

Surah Al-Maeda, Verse 100: قُل لَّا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. (Melayu) via iQuran

Semuanya bergantung pada hati. Kiranya hati ini tutup imannya, maka pilihan lebih kepada yang buruk. Tapi apa yang dilihatnya seringkali pada buruk hanyalah cantik semata-mata. Hendaklah bertaqwa kerna taqwa itu mengembalikan diri kepada Allah s.a.w. Taqwa ertinya mudah: takut pada Allah, dan mengawal diri dari melakukan perkara yang dilarangnya. Ini peringkat iman. Di mana imannya pada Allah itu Tuhan sehinggakan di mana sahaja dirasakan Allah itu ada dan sentiasa memerhatikan perbuatan hambaNya.

Cuma peringatan pada diri sendiri. 10 kali alpa dengan kewujudan Allah, 100 kali menyesal, tapi berat sekali mahu mengira 1 pun bahawa diri ini benar2 merasa diri ini dekat dengan Allah. Yosh usaha yuk!

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^