Sunday, September 9, 2012

Something worth

This one status of Dr. Hasifah (ex Volgograd student who is now working at hospital selayang, if I am not mistaken) reeally slaps me inside. I don't know. Direct or, indirect way. Please read.

Cikgu & pendidik ada perbezaanya. Cikgu mengajar anak2 murid utk menduduki peperiksaan supaya mereka lulus dgn cemerlang, semoga mereka mndpt pekerjaan yg baik.
Pendidik,begitu dlm maksudnya. Bukanlah sekadar 'working hours' punya cikgu.Dididiknya anak2 dari segi sahsiah agar menjadi insan yg terpuji, diajarnya penilaian Islam spya menjadi org yg beriman, dicurahkan segala masa dan ilmu pengetahuan agar pelajarnya lulus dgn cemerlang didlm peperiksaan.Disamping itu, diterapkan ilmu pengetahuan am, keyakinan utk mengeluarkan buah fikiran, berhujah, keberanian utk bercakap dihadapan org ramai sbgai persediaan dihari muka.Krna ini adalah ciri2 pelajar cemerlang bukannya pelajar yg sekadar mampu skor straight A's tetapi tdak dpt menyesuaikan diri dgn kehidupan masyarakat dan kerjaya, tidak mampu memberi pendapat serta mengeluarkan pemikiran yg memberangsangkan. Menjadi seorang pendidik adalah pekerjaan yg terlalu mulia.Sanggup mereka mengorbankan masa utk kelas tambahan dan sbgainya.
Ayah saya adalah seorang pendidik.Diajarnya anak2 pelajar dgn kelas harian serta kelas tambahan, pd ptgnya dibawa mereka bergotong royong membersihkan sekolah dgn diketuai oleh dirinya sbgai pemesin rumput.Selalu saya terfikir,knpa abang2 ni ikut ayah mesin rumput setiap ptg?baik main bola ke?Krna mereka suka ikut cikgu mereka.Ayah terapkan nilai2 sygkan sek.
Pd mlmnya ayah ajar syarahan, slpas berjemaah maghrib dan isya bersama para pelajar. Dikejarnya mereka yg cuba lari prep mlm.Dikejutnya mereka subuh setiap pg dgn rotan dilibas dipintu, setiap pintu dorm. Dibelinya mknn pd waktu mlm krna remaja lelaki cepat lapar bila belajar.Sbgai anak tunggal yg dijaga olh ayah,saya hanya membuntutinya setiap masa.Apabila salah seorang pelajarnya dihukum utk buang sekolah kerana kenakalan anak muda, ayah berusaha membela agar diberi peluang.Sbgai anak yg berumur 8 tahun masih saya igt nama pelajar itu.Betapa ayah sedih tidak dpt membantu abg yg berasal dari keluarga susah.Stategi ayah, kenal pelajar dgn rapat,kenali hati budi mereka dan ahli keluarga.Anak muda yg bermasalah ini selalunya bknla bdk yg jahat,tetapi mrka mempunya background yg complicated.Patutkah kita judge,hukum dan membelakangi mereka?Ayah pernah berpendapat, bila kita buang seorang pelajar itu,adalah seperti kita berputus asa pdnya.Sdangkan sbgai seorang pendidik, dia mampu mengubah hala tuju masa depan seorang anak muda.
Sehingga kini, setiap tahun2 anak2 muda ini dtg beraya,melawat ayah dirumah.Seperti yg ayah sangka,merekalah pewaris bangsa, berdiri sbagai pemimpin negara, golongan professional dan ahli perniagaan.Ketika berjumpa di majlis2 rasmi negara, dibawanya ayah berjumpa dgn ketua mereka Tan sri muhyiddin Yassin dan diperkenalkan 'Inilah cikgu saya,yg mendidik saya sehingga ketahap ini'.
Saya katakan kpd ayah,kalau adik jadi seorang cikgu, adik nak jadi sprti ayah krna ayah adalah seorang pendidik, ikhlas. Semoga lahirnya lebih ramai pendidik negara demi melahirkan generasi muda sbgai tunggak negara Malaysia.Masa depan negara kita, ditangan anda


Assalamualaykum. 

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^