Assalamualaykum,
Aku setelah kian lama sepi sekejap. Waktu terlapang kadang-kadang beralasan untuk aku buat benda yang jauh lebih berfaedah. Tapi memikirkan situasi yang tersangatlah tegang, pada yang masa yang sama menggembirakan juga, dengan kehilangan 'misteri' pesawat penerbangan MAS MAH370. Gembira, bila kita melihat semua orang seakan lupa ada beza kulit, agama, otak politik bila hal perikemanusiaan sebergini muncul. Kita bersatu bersama seulat suara berdoa, berharap apa yang mungkin sekali terbaik untuk para krew, penumpang, dan juga keluarga tersayang yang masih lagi ada sejalur urat benang harapan pada segala kemungkinan.
Aku optimis dalam hal ini. Apa sahaja boleh berlaku. Barangkali pengulasan dari segi penulisan tidak dapa menggambarkan kerisauan mendalam aku. Benak hati aku tetap mengharap yang terbaik, dan paling terbaik untuk situasi tegang sebegini. Tidaklah Allah menetapkan satu-satu kejadian tanpa ada hikmah disebaliknya. Biar pelbagai interpretasi yang tidak berakal, populis, sinis bengis di media sosial, pedulikan saja mereka kerna warna rambut mungkin sama, tapi hati pemikiran berlainan saja dalam 13 juta rakyat.
Aku tidak peduli soal perang di sini, aku tidak peduli soal hukuman 5 tahun sodomi, itu semua hanyalah permainan entah-apa yang tiada pangkal penyudahnya. Muak. Setiap kali baca, muak. Nausea. Sampai satu tahap, masih belum cukupkah? Aku minta satu sahaja, berdoalah. Tiada guna panik seakan itu memungkinkan sesuatu kesan langsung. Bertenang. Berdoa.

No comments:
Post a Comment
Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^