Assalamualaykum,
*Ketika aku sedang menulis benda ini, roommate aku, si Syed Aidid didid ni, sedang mononton movie '30 days of Night' sambil menjerit macam ponen hahahaha*
Just for a lifetime record purpose.
Moving on.
Kita ada mata. Seperti satu syarat, yang mata kita sebenarnya hanya mampu melihat pada 2 dimensi pada satu jarak jauh, dan 3 dimensi pada satu jarak dekat. Namun begitu, ianya bergantung pada pencahayaan. Mata kita sebenarnya menggabungkan 3 konsep penglihatan, yakni, menerusi 'binocular' mechanism. Binocular terdiri dari 2 komponen utama: 2 monocular (atau 2 satu-mata). Tidak ke pelik, 2 mata yang walau sama pada struktur fizikal dan biologinya, tapi, digabungkan untuk satu penglihatan yang SELARAS. Disinilah terletak peranan utama organ utama, iaitu sel-sel otak! Melalui saraf opticus, dan bahagian frontal otak, interpretasi penglihatan dilakukan dengan satu kadar yang laju. Pernah sekali anda fikir tentang apa 'simple' yang anda lihat? Tidak bukan? Jadi, peranan saraf dalam menyatukan 2 monocular menjadi binocular adalah satu contoh betapa detail, kecil, tapi BESARNYA ciptaan Allah tersebut. Tidak ada apa sebenarnya, cuma sedikit perkongsian tentang apa yang dipelajari ketika cycle Ophtalmology dahulu.
Kaitan?
Bulan. Anda tahu benar bahawa bentuknya sfera, yakni, 3D bukan? Tapi, apa yang anda lihat cumalah plane view, 2 dimensi. Putih, dan garisan sempadan yang membentuk bentuk mengikut peredaran semasa bulan pada paksi dan orbitnya. Kita lihat hanya pada mata kasar, bukan pada mata akal. Mata akal faham benar ianya 3D, mata kasar nampaknya 2D.
Analogi.
Itu cumalah analogi aku untuk menerangkan situasi manusia, mahupun dari dulu, ataupun sekarang. Aku, barangkali kita semua, seringkali melihat seseorang pada pandangan 2D. Seperti bulan. Bulan purnama yang terang menyinari anda, anda melihatnya pada pandangan 2D, maka anda pun fahamlah, bulan ini sangat cantik, baik kerna menerangi jalan anda, bilik anda (sikit-sikit) bila tiba-tiba elektrik di rumah anda tidak ada. Namun, adakalanya, bulan menjadi gelap gelita. Maka seraya manusia berkata, bulan itu tidak ada. Pada mata kasar, bukan pada mata akal. Mata akal mengatakan bulan itu ada, cuma ianya hanyalah 'gerhana' sementara kerana matahari memantulkan cahayanya di permukaan yang bertentangan dengan permukaan gelap tersebut. Ini sains.
Begitu juga dengan manusia. Jika anda memikirkan ianya gelap, tidak berguna, tiada baiknya di depan mata anda, ketahuilah, dia ada juga baiknya di depan mata orang lain. Dia masih ada kebaikan, biar sedikit, tapi, ketahuilah, dia tetap ada. Cuma tidak pada kamu, atau di hadapan kamu. Ini pandangan akal. Begitu bulan yang kamu lihat terang tapi gelap dibelakangnya, begitu jualah manusia yang kamu nampak jahat tapi ada baiknya di balik penglihatan/pengamatan kamu.
Ingin kenal.
Jika kamu ingin kenal sifat beliau depan mahu belakang, cukuplah dengan teori, cukuplah dengan konspirasi: dekati dia! Kalau anda mengelilingi bulan, melihat sendiri adakah ianya betul, anda akan faham, yang dia ada kedua-duanya. Tetap akan ada kedua-duanya kerana tidak akan pernah sempurna kecuali manusia dipilih Allah S.W.T.
Ini idea. Bukan justifikasi terhadap mana-mana insan yang aku kekal. Ini satu sudut pandangan yang aku cuba ambil pada semua orang.

No comments:
Post a Comment
Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^