Monday, December 2, 2013

KLCC

Masjid KLCC.
Lama benar aku tak kunjungi.
Selesa. Besar. 
Tapi bukan itu yang benar-benar istimewa.
Paling istimewa adalah saat manis aku di situ.
Aku rasa menyesal sekali yang aku tidak pernah sekali mahu rekod any moment di situ.
Penting. Bermakna.

Rasanya agak common bagi anak muda benar-benar mahu mengunjungi masjid ketika bulan Ramadan. Normal. At least lah.
Waktu lain, jarang-jarang, haha.
Aku suka kungjungi masjid tersebut kerna kenangan aku bersama abah.
Aku cuma rindu saat itu. Tak sabar nak balik Malaysia cepat.
Iyelah.
Subuh pun pergi kau, kalau tak pergi mau serba salah. 
Abah jenis tak paksa. Tak pernah tibai pun kalau tak sembahyang.
Tapi, dia bagi aku fikir. Kalau aku tak sembahyang, apa jadi akhirnya, itu salah kau.
Dan, abah juga tunjukkan contoh yang baik. Ini paling penting.
5 solat fardhu semua jemaah. Aku? Mak jemah period je lah memanjang.
Haha.

Tapi ketenangan yang aku dapat bila berkunjung ke masjid tersebut bersama abah, adalah priceless. Dan aku nak lagi lagi lagi.
IA panjangkanlah umur abahku, amiiin.
Lepas tu makan mamak. Sebab tu gemuk. Haha.

P.s: alhamdulillah. At least ini adalah antara benda yang boleh aku banggakan sepanjang aku di sini. Sungguh aku tak sangka pun. Terima kasih Allah! Aku mendapat Sportsman of the Year bagi sesi tahun ini :)

2 comments:

  1. Sportsman of the year. Ko memang atheletic pun. Tahniah hafidz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks hajarrr...sportsman gemuk pertama dunia haha :D

      Delete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^