Assalamualaykum,
Lama betul tak menjengah secara serius dalam blog ni. Sibuk lah jugak. Sibuk gaya-gaya medik, setakat manalah sangat. Sejak kebelakangan ni, aku rasa, aku semakin lost interest dengan dunia medik. Aku rasa kurang perasaan 'ingin tahu' seperti mana yang aku pernah ada tahun-tahun sebelum ini. Mungkin ini cuma 'kata kecil' dalam hati, mungkin tidak. Tapi, pernah sesekali fikiran ini terlintas dalam kepala aku: "Apakah ini satu kesilapan besar dalam hidup aku?"
Terkejut. Berhenti. Fikir sekejap.
Ianya seolah-olah cubaan untuk lari dari realiti semasa sekarang. Tentang cabaran besar dan berat yang tidak terkata di masa hadapan. Tentang ketakutan apakah risiko itu adalah sesuatu yang muat di dalam genggaman ilmu, atau muat-muat, atau barangkali lebih teruk, tidak terpegang. Berat sungguh!
Imbasan kembali.
Dikala kecil, tidak pernah sesekali aku terfikir untuk meminati bidang perubatan. Tengok doktor tidak pernah takut (tengok jarum iyelah), tapi, entah, tidak terlintas walau sekali pun. Aku lebih cenderung untuk meminati bidang yang menggunakan daya kreativiti. Aku punya obsesi dalam bidang yang menghalakan otak kanan aku, pada masa yang sama, menggunakan logik otak kiri aku. Persisnya? Pembinaan, mereka cipta, melukis sesuatu sistem, membuat sesuatu yang memudahkan aku melalukan sesuatu. Jika ada pertandingan, sudah pasti aku yang akan pertama memasuki.
Persoalannya: Kenapa medik?
Jawapannya agak sadis. Jawapannya: entah. Barangkali keinginan aku untuk ke luar negara lagi membuak-buak, dan perasaan tidak-mahu-ambil-risiko itu sangat tinggi. SPM: macam macam boleh jadi. Minat aku yang pada mulanya untuk menjadi jurutera marine aku letak ke tepi begitu sahaja.
Persoalan keduanya: Kenapa MASIH medik?
Tidak menolak kenyataan, aku masih lagi meneruskan medik. Walaupun aku ada jugak berpeluang untuk mengubah bidang. Kenapa medik juga, wahai Hafidz?
Bila berfikir kembali, aku ada banyak sebab kenapa aku masih di landasan medik. Dan kali ini aku cuba merungkai, apakah asal usul niat aku dalam mengambil medik, dan yang paling penting adalah masih mengambil medik.

- HIdup- Erti hidup adalah pada memberi. Aku lebih suka memberi. Walaupun kadang-kadang mengharapkan balasan (lumrah manusia, jujurnya), tetapi, perasaan memberi adalah sesuatu yang memuaskan hati. Bukan aku ingin mengatakan yang bidang medik mempunyai skop membantu ummah atau memberi lebih banyak pahala, tetapi, bidang medik mengajar orang untuk memberi. Walau hidup dipenuhi caci maki. Walau hidup selalu di buat aduan itu ini. Walau 6 tahun perit belajar, pergi kelas walau sejuk beku -40 tengah salji, masih, aku memberi daya keringat untuk beri badan dan minda ilmu, untuk memberi, dan entah berapa 'walau' lagi kalau mahu aku tuliskan, pastinya bunyi seakan 'mengungkit'. Hidup adalah pada memberi. Niat itu gantung pada Illahi, kau tidak perlu menyibuk walau satu inci.
- Sokongan ibu bapa- barangkali kalau aku mahu tukar sekarang ke bidang arkitek, ayah aku pasti akan menyokong. Begitu juga mak, pasti akan sokong 200%. Sebab aku yang menentukan hala tuju hidup aku, bukan mereka. Cuma asalkan apa sahaja dipilih aku baik-baik (bukan penagih atau pengedar dadah), sudah pasti mereka sokong. Tapi kenapa tidak? Sebab mereka sumber kekuatan aku. Mereka tahu benar aku pasti akan cuba membuat sesuatu untuk komuniti kampung aku nanti. Bukan sekadar balik bagi makan anak bini. Menjadi doktor bukan lesen untuk pangkat mahupun hormat, tetapi, ia menjadikan aku lebih bertanggungjawab hendaknya. Lihat sahaja Tun Dr. Mahathir. Apakah beliau begitu sibuk dengan kerjayanya tanpa memikirkan soal jatuh bangun bangsa?
- Nak kahwin perempuan cantik- Actually ni sebab merepek. Tak terlisted pun, jadi jangan nak mengada haha. Siapa ada niat macam ni, mohon snipe kepala 3 das tembakan peluru sepanjang 1 meter. Plis.
- Adaptasi- Dari dahulu sampai sekarang, aku tidak pernah memilih sesuatu yang aku begitu senang berada di zon tersebut. Dan itu membuatkan aku ada 'doubt' apakah pemilihan aku itu sesuatu yang silap, atau betul. Aku mempunyai mekanisme adaptasi yang sangat lambat, bertingkek-tingkek.
- Period of excitement: Aku akan excited dengan segala benda benda. Biar ada 5 cacat, 1 sempurna, pasti aku pandangan enam-enam tersebut sempurna.
- Period of complaints: Aku mula mengadu. Itu tidak kena ini tidak kena. Perasaan pasrah dan berputus asa mula menyingkap ke pintu hati. Masih tidak putus asa, masih mencuba. Struggle.
- Period of rebellious: Aku mula rebel. Yakni aku mula menzahirkan apa yang ada di dalam hati aku, kepada perbuatan. Aku jadi malas. Aku malas berfikir, dan aku lebih enak membuat sesuatu yang lain dan tidak berkaitan.
- Period of acceptance: Turning point kondisi aku. Aku mula menerima. Aku mula menyesal akan segala perilaku aku. Aku mula mencari, menggarap kembali segala benda yang aku sebelum ini ada, dan hilang ketika aku 'rebel'. Kadang-kadang tidak semua aku akan dapat, namun, tidak semua juga aku hilang. Nevertheless, aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak hilang semua.
- Period of improvisation: Aku mula improve. Aku mula make the best out of everything. And be the best out of everything.
Dah berjuta-kali (hiperbola) sudah aku berada dalam kondisi begini. Dan maka atas sebab itulah aku mampu merumuskan, in simple words, tentang perangai aku, sedikit sebanyak. Dan ini juga termasuk dalam soal perasaan hati, cuma ada perbezaan sedikit kerna aku lebih pesimis (jadi aku lebih mempunya tendensi untuk menyingkirkan bad memories, dan seterus, menyingkirkan orang yang membawa bad memories, secara terus dan total!). Agak-agak aku di stage mana?
Susah mengambil medik, memanglah. Ia memerlukan minat. Aku bukan ada minat, juga bakat. Sebab itu mungkin graf aku naik turun. Tetapi, aku ada matlamat. Biar naik turun, asal apa aku buat ada niat baik, sudah pasti Maha Besar tahu apa termuat dalam suratan takdir perjalanan hidup aku. iA.
Doakan.
No comments:
Post a Comment
Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^