Sekarang masih lagi di cycle Psychiatry.
Banyak aku belajar. Tak kurang, banyak kuga aku gelakkan orag. Kejam betul.
Yang lawaknya adalah apa yang mereka tuturkan.
Cakap besar, gaji berjuta-juta, kereta besar tapi dia cakap ada dekat tigkat 3 (apparently ward psychoses perempuan =_=").
Tapi mereka semua sangat menarik.
Menarik dari segi pengenalan apa erti kehidupan.
Apakah mereka mangsa ketagihan kehidupan atau Allah sendiri mahu menyelamatkan mereka dari kekejaman tersirat kehidupan? Wallahualam.
"Cikgu, pengalaman apa yang cikgu rasa paling teruk sepanjang menjadi doktor di sini?" Aku tanya ingin tahu. Iyelah setakat aku datang di sini baru 1 minggu pun agak menarik pesakit2 di sini, apa entah lagi yang cikgu aku mengadap selama 4 tahun pengalaman beliau.
"Sniper tentera". Panjang jugalah dia cerita mengenai sniper tersebut yang begitu terkenal dengan sifat tipikal soviet army: coldness (hati batu). Disebabkan stress dan banyak injury di kepala menyebabkan beliau menjadi obsessed dengan menembak dan malangnya seorang perempuan yang baru keluar dari kedai menjadi mangsa beliau.
"Kenapa cikgu pilih Psychiatry? Cikgu memang mahu ke kerja Psychiatry ni?"
Dia senyum.
"Saya ada dua orang anak. Ketika itu hospital infection, tempat yang saya kerja, tutup totally. Jadi, mahu tidak mahu, saya apply di mana saya boleh, dan tak kesah kerja bidang apa saya sanggup. Dan kebetulan di sini ada kekosongan"
Aku tanya lagi: "tak susah ke tahun pertama dekat sini? Sebab nak diagnose bukanlah benda senang. Ini bukan penyakit somatic pun." Membuak buak rasa ingin tahu aku sebenarnya.
"Of course, tahun pertama sangat susah. Nak examine, nak ingat symptom, even nak differentiate symptom pun susah. Tapi pengalaman klinikal itu penting. Makin lama makin mantaplah"
Tambah cikgu lagi "saya tak menyesal pun amek bidang ni. Malah, saya mula melihat orang diluar pada suatu sudut pandangan yang jauh berbeza. Jauh lebih baik. Dan saya mula faham kenapa manusia berkelakuan seperti itu."
Setuju.
Sungguh bila anda mula mempelajari subjek ini, mata anda sepertinya sudah ada 'filter' baru tentang sosiologi kehidupan ini. Kenapa makcik ini berkelakuan bengis? Tersentuh sikit je, malah salah dia pun, kenapa nak marah?
Semua itu kita akan faham. Banyak faktor.
Sungguh, kehidupan ini kalau mata sempit, otak sempit, satu benda pun kita tak akan faham.
Dari beriye iye ubah kerajaan, ubah otak kita dahulu.
kita belajar daripada ujian
ReplyDeletekita belajar daripada pengalaman
kita belajar untuk menerima ketentuan Tuhan
kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang
kita belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita
kepada Dia tak kira jika belok ke selatan dan utara sekalipun-h