Pelik. "More than just a friend"?
Bukan dia tu binatang ke?
Kucing biasa. Cuma gebu sedikit.
Mengiau. Mengomel.
Benda biasa yang kucing buat.
Dah tu apa yang lebihnya? Lebih dari seorang kawan?
Miumiu.
Nama kau simple aje.
Tapi buat 2 hari ni nama itu juga yang buat aku menangis.
Betapa beratnya hati aku sebenarnya nak berpisah dengan kau. Seekor kucing yang luar biasa.
Bukan sekadar mahu 'Instagram' sahaja.
Urm. Mungkin hati aku berat.
Tapi mata aku dah tak tertanggung beratnya.
Jatuh air muka aku. Hilang kejantanan aku.
Manakan tidak.
Sepanjang perjalanan menghantar kau aku menangis macam budak-budak.
Mungkin orang ingat aku putus cinta entah?
Penat mengelap air mata sepanjang perjalanan dalam masyrut. Malu tau tak?
Tapi apakan daya. Sedih aku tak diduga, akhirnya tumpah juga kolam air mata aku.
Dua kali sudah. Sebab kau juga dulu.
Sepanjang perjalanan, ingatan aku tidak dapat lari dari imbasan memori bersama kau.
30 minit perjalanan, 2 bulan punya imbasan.
Manakan tidak:
Ada ke kucing yang selalu nak kejutkan kau subuh?
Ada ke kucing yang tunggu kau bangun tidur dan tunggu di atas katil untuk cakap 'miaow' kepada tuan sementara ni?
Ada ke kucing yang tatkala aku sedih, penat dengan kerja harian datang menemani di atas peha lemak aku?
Ada ke kucing tatkala badan aku kesakitan letih, datang di tangan kanan aku, meletakkan dua kakinya, tidur bersama selama 4 jam? Sama-sama terbongkang atas katil, ada ke?
Ada ke kucing yang sanggup tunggu kau balik bukan semata-mata tunggu makanan yang nak dihidang, tapi tunggu kasih sayang tuan hati batunya ini untuk membelai dia?
Ada ke kucing yang merajuk tatkala dimarahi dek kesilapan dia memecahkan cawan, makan ikan bilis yang membuatkan aku bersalah resah sehingga meminta maaf berkali-kali?
Kalau nak dihitung, entah berbuku memori aku dengan kau, MiuMiu.
2 bulan aje. Mujurlah ada kau sepanjang 2 bulan.
Kau peneman aku. Kau macam adik aku.
2 bulan nampaknya begitu laju.
Sampaikan aku tak mampu menerima perpisahan ini.
Entah balik lepada tuan yang entah pentingkan duit entah pentingkan kau.
Sebab tu kau lebih dari kawan.
In fact, kau lebih dari girlfriend pun.
Aku tak pernah sesedih ni pun bila berpisah dengan seseorang. Sebab aku rasa kau lebih dari orang.
Jujurnya, aku tak menangis macam ni walaupun aku berpisah dengan ibubapa aku di KLIA. Well, kecuali bila family aku mula menangis.
Dengar kau menangis buat aku lagi menangis MiuMiu.
Aku harap kau sentiasa menjadi kucing baik miumiu. Always and always.
Itu juga pesan aku tiap-tiap hari bila aku mahu tinggalkan kau selepas memberi kau makanan.
"Duduk elok-elok, jangan buat jahat, jadi kucing baik"
Aku rasa macam seorang ayah pulak.
Mata kau berpinar-pinar. Merayu agar jangan tinggalkan kau. Buat macam mana. Aku kena stay dekat tempat lain.
Tapi esok aku datang lagi. Gembira kau lihat aku.
Apatah lagi aku, kan?
Terima kasih MiuMiu!
Sebab dengan kau aku belajar, tanggungjawab memang membuatkan aku melaksanakan sesuatu sehingga hujungnya, tapi, cinta dan sayang itu membuatkan kau membuat sesuatu dengan ikhlas tiptop tanpa ada penghujungnya.
Terima kasih MiuMiu.
Terima kasih MiuMiu.
Terima kasih MiuMiu.
Nice ; p
ReplyDelete