Tuesday, June 25, 2013

On the verge of breaking down.

Assalamualaykum,

Kali ni aku tumpas. Banyak benda yang aku tumpas kali ni. Every single thing seems to fall apart. Tapi, haruslah aku tinggikan kembali kepala yang sudah 'flexed' ke bawah kerna, sedar atau tidak, aku masih ada sesuatu.

Sekarang sudah aku sudah berada di penghujung musim peperiksaan. Lagi 3 hari maka habislah musim peperiksaan aku pada sesi summer ini. Tapi mood seolah-olah aku sudah habis peperiksaan. Barangkali sudah penat, atau sudah mahu let go apa segala benda yang sudah berlaku dalam peperiksaan ini. Dan disebabkan peperiksaan ini, aku cuba menilai balik apa salah dan silapnya. Clearly, sudah diketahui yang peperiksaan kali ini menjadi satu petanda yang aku sudah 'teruk'.

Teruk pada 2 'alam'.

Alam akademi. Mungkin kelihatan selalunya aku selalu 'study' atau masih lagi berusaha keras, seperti biasa, tapi resultnya tidaklah seperti itu. Malah boleh sahaja dilihat dari segi teknik aku menjawab. Ada yang salah. Tidak seperti dahulu. Atau sama sahaja seperti dahulu. Tapi, yang boleh aku rumuskan, aku masih lagi belum 'adapted' atau tersesuai dengan alam 'clinical'. Masih banyak lagi yang perlu uruskan. Pada kali ini, terus terang aku ingin luahkan yang Tahun Empat bidang perubatan ini tidak lah sesenang yang aku sangkakan, malah jauh lagi susah (in term of exam) dari Tahun Ketiga yang seringkali dimomokkan sebagai tahun yang paling tough sekali sepanjang pengajian perubatan di sini, khususnya di Volgograd. Maka outcome dari itu, terhasillah sistem pembelajaran yang membabi buta, dan tidak sistematik. Tidak seperti 3 tahun pertama pembelajaran aku di sini.

Sungguh tahun ke empat ini aku bergiat aktif dalam hal komuniti (tidak lah giat, tapi involved) namun itu bukanlah alasan. Exam kali ini proved to be one of the toughest bila masa otak aku yang separa lembab ini (sangat lambat nak catch up) was put to the extreme test bila segala benda haruslah dimasukkan dalam kepala dalam masa 3 hari. Dalam keadaan pembelajaran aku yang lembab ini, segalanya haruslah dibaca dari kosong (mungkin sebab lupa apa yang cikgu ajar, dan most part of it: banyak kena belajar sendiri) dan AKU HARUS REPEAT DALAM MASA 3 HARI JUGA. Berbeda dengan tahun sebelum ini, aku sempat mengulangkaji dalam 3 hari dan 1 hari extra aku didedikasikan untuk repetition dan pre-testing. Malangnya kali ini tidak. Segala taktik ini tidak diimplemintasikan atas batasan kekangan masa, atau salah teknik itu sendiri (kurang bercerita dengan sahabat). Harus diakui 3 hari memanglah tidak akan cukup untuk aku, walaupun dari pukul 2 petang bangun pagi, sampailah ke pukul 6 keesokan harinya menatap buku di hadapan meja (tak continuous tapi memang itu yang aku buat). Otak aku setiap kali pembacaan terasa tidak sakit. Indikasi yang otak aku sebenarnya tidak banyak input atau mula membuat skill 'generalisation' itu setiap bahan bacaan (generalisation: cuba untuk melihat big picture of the diseases and when you try to discuss it back, you just give a big picture of it without having specific descriptions on it). Aku tak tahu kalau ini berlaku terhadap orang lain, tapi inilah yang berlaku terhadap aku. Dan inilah punca aku gagal dalam peperiksaan kali ini. Gagal sedikit tidak mengapa, tapi gagal secara total, itu petanda sesuatu.

Teknik salah.
Jadual salah.
Nasib salah (bukan tak terima takdir ye haha)
Komitmen salah (mula buat benda tak berfaedah)
Ketaatan salah (benda yang ibu ayah larang aku buat)
Adaptasi salah
Cikgu salah (sebab most cikgu yang aku dapat semester ini tak membantu aku, bukan nak menunding jari, tapi juga menjadi faktor penyumbang terhadap kegagalan aku)

Mungkin atas sebab-sebab ini membuatkan aku rasa fed up dengan 4th year ini. Nevertheless, mungkin banyak sangat memendam (tak tulis dalam blog) membuatkan toksik lagi banyak dalam otak. Mungkin? Mungkin. Apa-apa pun semua ini salah aku, dan aku sedang memuhasabah apa yang silap, dan akan menukar gaya untuk merubah apa yang patut.

Selain akademik, faktor ketuhanan juga aku gagal. Aku sebenarnya lagi gagal perihal ini berbanding dengan akademik. Dan aku sangat kecewa. Tidak faham kenapa, tapi aku rasa seolah-olah begitu tersisih dari Allah. Faham juga kenapa sebenarnya, tapi usaha ke arahNya jauh sekali beza usaha terhadap buku. Silap banyak di situ. Usaha aku terhadapNya hanyalah separuh jalan. Memang susah. Acap kali diulang dalam blog ini yang 'istiqamah' itu susah, dan ya aku lah yang tertumpas dalam perjalanan itu. Tapi tertumpas pun, takkan lah tidak lagi glucose untuk bangun kan? Selagi masih berjalan sistem ATP breakdown dalam badan aku, selagi itulah aku mampu bergerak.

Ya Allah ampunilah dosa aku.

Sungguh, tahu dan bercakap soal Tuhan sesiapa pun boleh, malah berhak. Sebab tahu adanya Tuhan itu perkara biasa, tapi kenal Tuhan yakni Allah itu luar biasa, malah usahanya pun haruslah juga menjadi luar biasa. Tahu adanya Tuhan hanya memerlukan syahadah, dan hafalan 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman; tetapi mahu mengenal Allah itu, haruslah memahami apa itu syahadah, mendalami rukun Islam dan Iman dan memterjemahkannya dalam kehidupan, dan mengenali benar-benar apakah itu Islam dan asal usul kewujudannya dan mengapa Islam itu ada dalam hidup kau dan dalam takdir engkau.

Soalan yang vital harus ditanya setiap hari dalam hidup kita: Bagaimanakan kita menggunakan Islam kita hari ini?: "Kita walk the talk, ATAU kita talk the walk?"

Maafkan atas salah silap aku. Aku harus kembali bertaubat. Taubat. Taubat. Taubat.


1 comment:

  1. assalamualaikum..

    sy nak kongsi pengalaman saya masa praktikum lepas..

    praktikum ni salah satu komponen penting dalam pengajian saya ni..saya pun target untuk skor cemerlang dalam praktikum ni..
    sebab bagi saya, teori tak ada guna kalau kita tak praktik dan pada saya praktikum ni salah satu tempat untuk saya belajar jadi cikgu terbaik...

    cuma dalam usaha nak capai "cemerlang" dalam praktikum, banyak benda yang boleh jadi cabaran dan salah satu ialah pensyarah pembimbing..pensyarah yang akan nilai kita masa kita mengajar..dan bila penilaian dibuat oleh manusia, faktor ketidakadilan tu tak boleh lari..ni adalah fakta..
    saya bagi contoh..kawan saya dapat skor 5 untuk penampilan sbb dia pakai baju pink dan nak dijadikan cerita, pensyarah pembimbing tu suka warna pink..kawan yang lain dinilai oleh pensyarah sama dapat 3 je sbb pakai baju warna lain..

    kami dekat maktab ni dah dilatih utk jg penampilan..jadi secara umumnya kami kena pakai kasut tutup, name tag, baju kurung...tapi hanya sebab sorang pakai baju warna kesukaan lect dan sorang lagi pakai baju warna lain, markah pun dah jadi lain....

    bila saya reflect2 balik tentang markah exam dan praktikum saya..saya rasa apa yang saya nak perform sekarang hanya saya nak jadi yang terbaik untuk anak murid saya..saya mengajar bukan untuk pensyarah tapi untuk murid-murid saya..kalau kita nak puaskan hati orang, mmg tak akan boleh tapi kalau kita dah laksanakan tanggungjawab kita sehabis baik, tu dah cukup buat saya...

    markah tu tak ada nilai kalau apa yang kita faham tu kosong...markah tu cuma angka..yg penting ilmu yang ada dan amal..tu yang penting...

    saya dah sedar yang kita belajar bukan sebab pointer dan exam semata-mata tapi sbb ilmu yang kita dapat untuk kita amalkan..utk saya guna dalam kelas masa mengajar...


    hidup ni bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat..try tgk vid yang kd post dekat blog dia tu..byk benda yang kita boleh belajar...

    lontarkan
    ...kalau tidak ia meracun
    kongsikan
    ...walau hanya pada awan-awan(hlovate)



    =)

    ReplyDelete

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^