Saturday, January 12, 2013

Why politic?

Okay, this is one of the topics that I really want say after so long I had been pending this. Well in this brainless brain.

Ok. Agak lama juga kalau betul-betul nak bincang perihal politik dan masyarakat manusia khususnya yang berada di Malaysia. Aku ni dulu agak orang 'lama' dan orang 'kuat' bila bercakap perihal politik. Aku sanggup debat, baca apa sahaja berkaitan politik, baik di bahagian 'sana', baik di bahagian 'sini'. Tapi, kenapa setelah sekian lama, kenapa aku begitu menyepi apabila orang bercakap hal politik? Agak pelik?

Terus-terang bila aku bercakap soal politik, aku mampu bercakap selama 3 jam tanpa henti. Serius. Sebab politik adalah satu topik yang dipupuk dalam keluarga aku untuk berani bercakap. Biar ada yang perit, biar ada yang sakit. Dan, politik juga adalah satu perkara penting dalam membentuk kematangan pemikiran anak-anak pada peringkat awal. Itu adalah satu tunjang pembentukan EQ, mungkin juga IQ. Tapi sepinya aku dari dunia politik ini bukanlah sesuatu yang aku suka, tapi lebih kepada terpaksa.

Apa yang paling ironi mengenai politik? Tidak ada ironinya pada definisi politik itu sendiri. Tapi ironinya pada orang yang bermain politik itu. Pada peringkat atasannya, kedua-dua belah pihak sebenarnya lebih banyak 'bercakap' berbanding buat kerja yang sepatutnya mereka melakukan. Lebih banyak bergaduh dari memikirkan perincian masalah rakyat itu sebenarnya. Lebih banyak fitnah antara SATU SAMA LAIN berbanding memberi kritikan-kritikan yang baik, kritikan-kritikan yang membina. Ironinya lagi apabila Islam itu sepertinya hanya pada nama, tapi praktikalnya tiada. Tak perlu menunding jari jauh, kita-kita pun serupa. Mana islamnya?

Perihal isu hudud dan sebagainya, isu yang pada aras kuasa pemerintah dan pembangkang dalam parlimen yang sepatutnya membahaskan isu ini dengan lebih lanjut sebenarnya bukan isu kita sebagai rakyat biasa. Ya, kita sepatutnya mengambil peduli, mengambil tahu, memberikan pendapat, meluahkan atau mengekspresikan idea lontaran kita bahawasanya kita ada pemikiran dan wawasan tentang masa depan negara, tapi itu bukan alasan kita untuk berdolak-dalik tentang perkara yang paling dekat dengan kita, iaitu, "apa yang kita dah dibuat pada diri kita sendiri, dan orang terdekat kita?".

Kontribusi pada persekitaran sekeliling haruslah pada aras percakapan dan kehebatan kita yang 'mahu Malaysia bersih dan bebas'. Bagaimana? Mana ke tidaknya, kalau bercakap tentang Malaysia corrupted, tapi sendiri corrupted dengan dosa bergelumang sekeliling pinggang, sembahyangnya entah ke mana, ikhtilatnya entah kemana, datang ke kelas lambat. Ini orang yang memberikan pendapat tentang masa depan negara sedangkan masa depan sendiri pun masih goyah? Islam itu bukannya datang berkembang dari atas, ianya bermula dari dalam, dari bawah. Sebab kefahaman dari bawah itu penting. Dua proses iaitu perkembangan Islam dari peringkat pemerintahan, dan juga peringkat individual itu penting dan seharusnya berlaku selari bersama. Barulah wujud komuniti yang baik. Tiada salah satunya, maka tempanglah proses pembentukan ini.

Apa sebenarnya point aku? Point aku senang. Aku berhenti bercakap tentang politik sebab aku cuba tanya aku balik, apa sebenarnya yang aku dah buat untuk komuniti kecil keliling aku untuk aku melayakkan diri untuk mempersoal apa yang orang/pemerintah dah buat terhadap aku. Ada falsafah yang juga mengatakan begini, "great people don't ask what others do to him, but he asks himself what he did to others". Hah, jangan bisinglah kalau setakat kau bising di dalam facebook mahupun twitter tentang betapa zalimnya kerajaan/pembangkang terhadap kau bila kau sendiri berlaku zalim terhadap orang sekeliling kau. Contoh mudah? Kau jumpa orang tepi jalan yang susah, berat hati kau nak sedekah, sudahlah dia orang Kristian, kau main sentimen agama, lepas itu kau bercakap isu kemanusiaan untuk raih perhatian orang 'bukan Islam' tentang Palestine (yang bukan isu agama, tapi kemanusiaan). Nampak? Kau tak practice what you preached.

Apa lagi? Kau nampak kawan kau terkontang-kontang tiada skema jawapan untuk peperiksaan, dan kau ada skema. Kau buat taktau selagi dia tidak minta, maka sampai mayat reput pun kau tak akan bagi. Kedekut ilmu. Lepas itu bercakap soal nak kembangkan Islam sampai 2/3 dunia? Kau nampak kawan kau tak bangun pagi sembahyang subuh lagi, kau berat mahu menegur kesilapan dia atau mengejut dia untuk bangun subuh (apatah lagi berjemaah), inikan pula kau nak menegur sesuatu yang sudah pasti jauh dibidang kuasa kau seperti soal belanjawan negara?

Ingat, sebelum cakap lebih besar, masuh bilik yang besar yang penuh dengan cermin. Cermin diri itu dulu, tanya diri itu balik, apakah sudah kau buat sesuatu dengan dua tangan, dua kaki, dua mata, dua hemisfera cerebrum kau sebelum mulut kau yang satu cuba mempersoal hak 20 juta orang?

Sebab itu aku benci politik, dan tak mahu bercakap, sebab orang mula lupa tentang tanggungjawab diri sendiri pada diri, adik-beradik, komuniti kecil, tapi hanya peduli pada peringkat nasional. Dua-dua pihak sama-sama bengap.

Aku cakap ni tak ada kaitan dengan siapa-siapa, for at least yang aku kenal rapat. Cuma contoh random. Dan banyak contoh juga dari diri sendiri yang dahulunya.

Ibrah. 

No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^