Monday, November 5, 2012

Kita Superior

Assalamualaykum,

Gempa bumi gegar Volgo. Gegar kepala rakyat-rakyat Volgo. Rakyat yang terdiri daripada masyarakat lapisan rendah: budak-budak. Budak-budak ni macam mana ye? Degil, suka ikut kata hati, memberontak, tak dapat barang hentak kaki, perengus, cakap tidak direct, dan cakap tidak serupa bikin, and kalau nak menipu memang sangat tak pandai.

Banyak symptom budak-budak yang aku nampak dekat budak-budak ni. Ye lah, dah nama pun budak-budak.

Apa perlu buat kalau tidak bersetuju atas satu-satu perkara?

  • Orang dewasa: Berbincang. 
  • Budak-budak: Pergi bising dekat mak ayah, kawan-kawan, pak cik mak cik

. Apa perlu buat kalau ada masalah?

  • Orang dewasa: Tenang. Fikirkan penyelesaian.
  • Budak-budak: Bising. Hentak kaki. Create stress. Baling mainan. Mengharapkan orang memujuk dan melayan dia. 
Itu antara masalah-masalah major budak-budak. Budak-budak selalu fikir dia ni betul semua. Tidak ada yang salah. Apa orang lain cakap, semua salah, dia aje ye betul. Oh dia betul sebab dia ada fakta? Orang lain salah sebab tak ada fakta? Orang lain ada fakta juga, cuma dah tak jadi fakta lah sebab memang dah tympanic membrane ditutup, macam mana brain nak interpret fakta bukan? 

Masalah budak-budak juga terdiri daripada kuat memberontak. Itu tak suka, ini tak suka. Benda baik pun tak suka. Yang sebaliknya lah yang dia suka. Contoh; orang kata, tak boleh beli mainan tuh, mahal. Dia cakap boleh, dia ada duit, dia boleh beli sebab dia boleh tolong jual air botol tepi jalan. Bila orang suruh jual air botol, taknye pulak dijual. Last-last apa jadi? Orang lain kena jual. 

Perangai budak-budak ni macam mana nak dididik? Sabar. Cakap slow-slow. Sabar. Cakap slow-slow. Kalau taknak, kita ignore. 

Conclusion: Do what do you believe its true and good. Thats all. Kalau nak didengar cakap orang, sampai bila pun tak. Sampai bila bila bila bila bila bila bila bila bila bila pun tak. 

Rakyat Volgo pathetic dan plastic. Tak larat dah aku. Sebab tu kadang-kadang hidup sorang-sorang lagi bagus. Ye lah. Pergi kelas balik kelas pergi kelas balik kelas. Cukup summer, balik rumah. Cukup 6 tahun balik jadi Doctor. Pusingan interaksi kita setakat itu je la. Memang itu Islam pun. Buat hal sendiri, kacau agama orang lain. Islam rakyat Volgo. 

p/s: post ni dinyatakan atas rasa kecewa penulis pada perangai sesetengah rakyat Volgo yang tidak optimis. Diajak bincangnye tak. Memberontak buat peluru sesat merata tempat. Bila ditanya, ni kau tembak dekat siapa ni? Dia jawab: eh saja tembak atas bawah tepi kiri kanan, nak test pistol, nak try jugak tembak diri sendiri apa rasanya, kan? Dalam dakwah kau pandai menipu. Pandai sungguh. Pandai sungguh. Pandai sungguh. Budak budak kan 'pandai' menipu.
pp/s: kalau sapa-sapa rasa nak berbincang, taknak buat peluru pandu, meh try cakap dengan aku. Aku ada banyak benda nak dibincang. To come up with a solution. Bukan jadi bom dalam perut orang yang tunggu nak ditekan button 'on' ok? 
ppp/s: salah satu penyesalan aku sampai volgo. aku ingat unite. rupanya lebur. 


No comments:

Post a Comment

Be positive. For whatever you may read and wrote from this blog ^_^