This post is among the post that the title is appropiately named with its content.
Yep. Betullah tu. Aku bakal menjadi pelajar tahun terakhir di VSMU. Peperiksaan yang kali ini sangat mencabar, walaupun aku merasakan ada kurangnya dari segi intensiti stress berbanding ketika di tahun ke empat dahulu. Peperiksaan kali ini aku namakan peperiksaan 'redemption' di mana aku ada sesuatu yang aku perlu buktikan pada diri sendiri setelah kegagalan peperiksaan pada tahun ke empat yang lalu. Maksud aku gagal, bukanlah gagal dengan markah gagal, tapi gagal untuk memberikan yang terbaik. Cuma hari ini tidaklah juga benda yang paling terbaik aku buat kerana aku tahu tahap ilmu, masa ulangkaji yang singkat, otak yang makin lembab dek habis penuh diisikan dengan halusinasi makanan di Malaysia. Memang tak sabar.
Walaupun aku akan mula menjejakkan kaki di Turki, memang di Malaysia jualah hati berada. Membuak buak semangat mahu balik Malaysia. Mungkin segelintir orang mengatakan aku menyindir Ramadan dengan teringiang ngiang lagu raya, hakikatnya, raya aku bukan raya yang disambut kerana aku bebas puasa, tapi raya aku adalah raya yang disambut dengan sanak saudara, sahabat handai. Ok, bahagian sahabat handai tu boleh ditutup, sebab tak ada pun sangat member dekat kampung semua dah sibuk nak kawen dah. Yelah jadi doktor ni berkepul kedut dekat muka baru laa nak ada life sikit. Itu pun, kene repress balik 2 tahun time HO. Sadis sigaraga betulllah!
Nak dijadikan cerita, batch aku akan menjadi batch tikus makmal untuk para pembising 'kenaikan jumlah doktor di Malaysia'. Yep, batch 2015. Tikus makmal takdirnya mati dan berpenyakit. Tapi alang-alang berpenyakit, biarlah sakit itu sakit jadi zombi. Boleh jugak repulse ketidakadilan ini. Namun begitu, jika cara itu yang cuba dimainkan, rasanya apa lagi yang boleh dicakapkan. "Challenge accepted!". Oh ye, peperiksaan kemasukan itupun hanya 60% dari doktor sekarang yang bekerja passed. Oh, memang adil pun untuk orang-orang yang belajar di luar negara. Memang sesuai pun, memang dekat Malaysia banyak menggunakan teknik autor-autor pakar perubatan Rusia. Memang pun. Memang dekat Rusia pembelajarannya 'exam-based' pun. No sweat, work hard, and tawakal!
Nak dijadikan cerita juga, esoknya aku akan bertolak ke Moscow dan seterusnya iA sampai ke Turki. IA. TAPI drama tetap ada, dan akan selalu ada. MARA memasukkan sepertiga dari jumlah elaun biasa. Yep, which makes my life a whole lot more 'easier'. Semua orang terkejut sejak bila MARA jadi begitu tidak efisien ni. Tapi masih terlalu awal untuk membuat deduksi, sebab, masih belum ada official statement dari MARA pun. Pelik, tapi benar, elaun budak negara lain mancanak naik melebih dari keperluan, elaun budak sini mencanak naik, bukan duit la, tapi elaun dosa panas hati. Dengki bukan dengki, tapi, mana adil dan logiknya di sini?
Logiknya, tidak ada anak menteri di sini. Period. Memang not a single crap is given lah.
Apa-apa pun, selain dari cuba aku immerse diri aku dalam masalah, aku perlu juga menyelesaikan. Sungguh malu aku nak mengadap mak ayah aku meminta duit pinjaman, tapi, sudah lumrah di sini, rasa sakit hati bila fikir bab duit kalau nak membanding dengan budak negara lain. Apa-apa pun, peperiksaan sudah habis. Jadi better now sleep, and wake up, and make a proper vacation planning (hoping for the allowance problem to be solved asap).